MoU Air: Mereka Cuma Terkilan Tidak 'Bawa Bendera' Bersama - Khalid

Diterbitkan: Jumaat, 7 Mac 2014 3:05 PM

Abdul Khalid Ibrahim

Abdul Khalid Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

HULU LANGAT: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui terdapat di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berasa terkilan kerana tidak dimaklumkan lebih awal tentang Memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan air yang ditandatangani kerajaan Selangor dengan kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, bagaimanapun MoU itu secara dasarnya dilakukan dengan betul mengikut prinsip demokrasi dan telah pun dipersetujui oleh rakyat.

"Ini demokrasi. Rakyat setuju...tapi pelaksanaannya mesti betullah.

"Mereka rasa terkilan tidak bawa bendera bersama-sama. Itu saja," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Khas Mesra Rakyat di Dewan Taman Mesra Kajang, di sini, Jumaat.

Menurut Khalid, isu ini timbul setelah pemimpin-pemimpin PR merasakan bahawa mereka perlu bersama-sama menyokong pelaksanaan kerajaan demi kepentingan rakyat ini.

"Orang-orang parti pun rasa mereka patut menyokong di belakang kita ini," katanya.

Khalid menambah, perkara itu bagaimanapun telah dijelaskan secara terperinci kepada pimpinan PR.

Beliau berkata, perbincangan mengenai perjanjian utama penstrukturan air di Selangor yang akan ditandatangani minggu depan juga telah dilakukan dengan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Pimpinan PR setuju perkara ini diteruskan," katanya.

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor pada 26 Februari lalu menandatangani MoU untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu.

Bagaimanapun, selepas MoU ditandatangani ramai pemimpin parti itu mendakwa tidak dimaklumkan mengenai perkara itu terlebih dahulu.

Terdahulu Khalid melancarkan dua program kebajikan untuk rakyat Selangor iaitu Program Kemahiran Teknikal Luar Bandar dan Program Pemberian Insentif Bas Sekolah.

Program kemahiran memberi peluang kepada belia-belia luar bandar yang tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi tidak berminat dalam akademik dan tidak mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi mengikuti latihan kemahiran teknikal.

Program insentif bas sekolah pula memperuntukkan baucar RM20 kepada setiap pelajar yang menggunakan khidmat bas sekolah.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan