Timbalan Ketua Polis Selar Adun Seberang Jaya

Diterbitkan: Khamis, 6 Mac 2014 11:18 AM

bakri zinin

Mohd Bakri Mohd Zinin.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin pada Khamis menyelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin yang mengeluarkan kenyataan disifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan.

Dr Afif dalam status Facebooknya mencatatkan "penjenayah bunuh polis itutidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah..."

"Kenyataan seperti itu tidak seharusnya dibuat oleh seorang wakil rakyat," kata Mohd Bakri pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian BalaiPolis Tabuan Jaya di sini, Khamis.

Mohd Bakri berkata, dengan membangkitkan isu seperti itu seolah-olah khidmat anggota polis tidak dihargai.

Dr Afif Bahardin

Dr Afif Bahardin.

Kenyataan Dr Afif itu dipercayai berhubung kematian Allahyarham Koperal Raja Aizam Raja Mohet, 54, dan kecederaan seorang rakan setugas beliau dari unit kereta peronda akibat diserang dua lelaki, dipercayai warga Indonesia dalam kejadian di Taman Sentosa, Klang awal pagi Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, dua anggota polis berkenaan dipercayai diserang ketika mereka membuat rondaan di Lorong Yusuf Shahbuddin 44D, Taman Sentosa.

Kedua-dua anggota polis itu terserempak dengan lima individu disyaki warga Indonesia sebelum berlaku pergelutan ketika membuat pemeriksaan.

Raja Aizam meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sementara rakan setugasnya yang turut cedera masih dirawat di hospital sama. Dua suspek berjaya ditembak mati.

Sementara itu, kenyataan Dr Afif itu turut dibidas Kelab Penyokong Polis dan meminta beliau segera memohon maaf secara terbuka.

Pada Rabu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tidak berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) polis dalam kejadian itu


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan