Mangsa Pemerdagangan Perlu Bekerja Ikut Sektor Ditetapkan - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Khamis, 6 Mac 2014 7:22 PM

Ahmad Zahid cuba menyelesaikan masalah permohonan pembantu rumah daripada pelanggan OKU, Ungku Rugayah Raja Mohd dari Bandar Baru Bangi (dua, kanan) pada Hari Bertemu Pelanggan KDN di Putrajaya pada Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mangsa pemerdagangan manusia yang dibenar bekerja di negara ini bermula Sabtu lepas, perlu bekerja di sektor yang telah ditetapkan.

Katanya mereka dibenar berbuat demikian selepas kerajaan mengambil kira fakta mereka memasuki negara ini dengan membayar wang yang banyak kepada agensi pekerjaan namun ditipu.

Mereka bukan sahaja tidak disediakan pekerjaan yang dijanjikan tetapi ada yang diperdagangkan untuk perkhidmatan seks selain ada yang menjadi buruh paksa tanpa gaji, katanya kepada pemberita, di sini Khamis.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff semalam yang berkata bermula 1 Mac lepas mangsa pemerdagangan manusia boleh bekerja di negara ini.

Bagaimanapun mereka hanya dibenar berbuat demikian selepas selesai menjalani Perintah Perlindungan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Selain itu inisiatif berkenaan juga hanya terpakai kepada mereka yang memasuki negara ini menggunakan dokumen sah, mendapat tawaran pekerjaan, bersedia bekerja serta perlu mendapat kebenaran daripada Kementerian Dalam Negeri dan kedutaan masing-masing.

Inisiatif itu sejajar dengan Laporan Pemerdagangan Orang Amerika (US TIP Report) 2013, yang mengesyorkan agar orang sedemikian perlu dibenar tinggal di luar rumah perlindungan untuk bekerja.

Sementara itu, mengulas kejadian warga asing menyerang dua anggota polis peronda di Taman Sentosa, Klang Selasa lepas yang mengakibatkan seorang maut, Ahmad Zahid berkata tidak berlaku pelanggaran prosedur operasi standard dalam kejadian tersebut.

Kedua-dua anggota polis itu telah melakukan tindakan yang betul ketika menjalankan tugas mereka, katanya.

Mengenai Program Hari Bertemu Pelanggan kementerian pada Khamis, Ahmad Zahid berkata program dilaksana pada skala lebih besar bagi memberi peluang kepada lebih ramai pelanggan berurusan dengan kementerian itu.

"Sebelum ini program ini dibuat di pejabat saya setiap Khamis, tetapi kali ini saya buat di ruang yang lebih besar memandangkan pejabat saya kawalan keselamatannya agak ketat dan ruang terhad.

"Ini langkah proaktif menunjukkan kita prihatin dengan masalah orang ramai dan saya sendiri terlibat secara langsung bersama pegawai-pegawai berkenaan menguruskan permasalahan dan permohonan pelanggan," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KDN , Ahmad Zahid , Mangsa Pemerdagangan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan