Kos Perubatan Swasta Meningkat Lebih 200%

Diterbitkan: Khamis, 6 Mac 2014 8:59 AM

caj

Senarai caj perubatan yang dipamerkan di sebuah klinik di Pandan Jaya di Kuala Lumpur. Foto AZMAN GHANI / THE STAR

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bayaran perubatan swasta meningkat, tetapi terdapat kekeliruan mengenai peratusan sebenar peningkatan itu.

Walaupun Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, peningkatan dihadkan pada 14.4 %, kurang daripada separuh jumlah yang diminta oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), namun jadual perubatan menunjukkan kenaikan lebih 200% daripada had bayaran minimum yang ditetapkan.

Sebagai contoh, yuran perundingan meningkat dari lingkungan RM10-RM35 kepada yang baharu iaitu RM30-RM125.

Subramaniam bagaimanapun berkata, yuran itu merupakan jumlah maksimum yang doktor dibenarkan bagi mengenakan bayaran dan mereka bebas untuk mengenakan bayaran lebih rendah.

"Kesemuanya (dalam jadual bayaran) adalah kadar maksimum. Kami melindungi rakyat daripada dikenakan caj yang sangat tinggi oleh perubatan swasta," katanya di sini, Rabu.

Dr Subramaniam berkata, kementerian itu menolak permintaan Persatuan Perubatan Malaysia bagi peningkatan sebanyak 30%.

Beliau menambah, peningkatan 14.4% itu adalah wajar memandangkan kadar inflasi dianggarkan kira-kira 23%.

Pada Isnin lalu, sebuah portal berita dalam talian menekankan bahawa pindaan kepada Jadual 13 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dilaksanakan secara senyap-senyap.

Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Lain) 2006, yang diterbitkan dalam warta persekutuan pada 16 Disember tahun lepas, memperuntukkan bayaran yang boleh dikenakan maksimum bagi pengamal perubatan dan pergigian berdaftar yang menjalankan amalan di hospital swasta dari segi yuran profesional mereka seperti sebagai perundingan dan pelaksanaan prosedur.

Bayaran-bayaran ini berdasarkan kepada Jadual Bayaran Edisi Keempat 2002 bagi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Dr Subramaniam juga berkata, menteri sebelumnya iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan kepada orang ramai mengenai kenaikan pada Julai 2012 dan jadual bayaran yang dibawa ke Kabinet dan diluluskan pada 12 Oktober tahun yang sama selepas berunding pelbagai pihak berkepentingan.

Kementerian diarahkan mengkaji semula jadual bayaran itu pada September 2010.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengapa jadual bayaran baru itu tidak didedahkan kepada umum apabila ia telah membuat kesimpulan yang diwartakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan bahawa peningkatan 14.4% adalah yuran purata bagi prosedur pembedahan dan pergigian.

Beliau berkata, caj perundingan doktor meningkat dari lingkungan RM10-RM35 ke bayaran baharu RM30-RM125 mengambil kira kos sewa di lokasi yang berbeza.

Dr Subramaniam berkata, kuasa pasaran dijangka menentukan yuran berkenaan.

"Rakyat digalakkan untuk berhemat dan arif dan mendapatkan rawatan di kemudahan swasta yang mengenakan kadar munasabah," katanya.

Komponen caj hospital lain seperti bayaran untuk penginapan, penyelidikan makmal, penjagaan kejururawatan, penggunaan peralatan, bilik operasi dan ubat-ubatan yang digunakan tidak dikawal selia disebabkan oleh kos yang berbeza-beza dalam operasi dan menyelenggara sebuah hospital swasta di kawasan yang berbeza, katanya.

Jadual bayaran perubatan baharu merupakan semakan pertama sejak ia dikawal selia pada 2006.

Beliau berkata, caj itu disyorkan oleh MMA sejak 2002.



iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan