Syabas Belum Terima Arahan Laksana Catuan Peringkat Ketiga

Diterbitkan: Rabu, 5 Mac 2014 12:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) belum menerima apa-apa arahan daripada kerajaan negeri untuk melaksanakan Pelan Catuan Bekalan Air peringkat ketiga, kata Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred. 

Priscilla berkata setakat ini tiada sebarang perubahan akan dilakukan pada pelan catuan air peringkat kedua yang bermula Ahad lalu berikutan pengurangan pelepasan air mentah sebanyak 200 Juta Liter Sehari (JLH) di empangan Sungai Selangor.

Pada Selasa, Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong megeluarkan kenyataan dalam sebuah portal online bahawa rakyat negeri Selangor perlu bersiap sedia menghadapi catuan fasa ketiga melibatkan lebih banyak pengguna termasuk kawasan Ampang dan Melawati jika paras air di Empangan Klang Gates tidak menunjukkan peningkatan.

Wong dipetik sebagai berkata setakat pada Selasa, paras air di empangan tersebut adalah 52.91 peratus dan jika mencecah 50 peratus, ia diisytihar kritikal dan catuan fasa ketiga terpaksa dilaksanakan.

Sementara itu mengulas tentang rungutan pengguna yang mendakwa menerima bekalan air berlumpur setiap kali bekalan air disambung semula, Priscilla berkata ia disebabkan mendapan kotoran pada sistem paip Syabas setiap kali pintu air ditutup atau dibuka.

"Setiap kali pintu air ditutup, kotoran atau mendapan akan terkumpul dan apabila ia dibuka, pancutan air akan menyebabkan kotoran dan mendapan keluar bersama-sama dengan bekalan air.

"Ia sememangnya satu isu, namun hanya berlaku pada pengguna di sesetengah kawasan.

"Oleh itu kita nasihatkan pengguna terlibat membiarkan dulu air beberapa minit sebelum menggunakannya, kerana ia tidak selamat untuk digunakan," kata Priscilla.

Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Kedua yang dilaksanakan melibatkan 260 kawasan dengan 413,617 pintu rumah kini memasuki hari keempat sejak dilaksanakan Ahad lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Catuan Air , Syabas , Elizabeth Wong

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan