'Sanggup Redah Kesesakan Daripada Tiada Air'

Diterbitkan: Rabu, 5 Mac 2014 10:22 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan perlu mengkaji keperluan untuk melaksanakan projek Lebuh raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) kerana Taman Negeri Selangor yang merentasinya memiliki kawasan tadahan air yang penting, kata kumpulan pejuang alam sekitar.

Gabungan pertubuhan Perlindungan Taman Negeri Selangor berkata, mereka amat bimbang mengenai cadangan untuk mewartakan kawasan seluas 106.55 hektar dari empat hutan simpan di Selangor, iaitu di Ampang, Bukit Seputeh, Ulu Gombak dan Ulu Langat untuk projek KLORR.

Hutan simpan di Ampang dan Ulu Gombak adalah sebahagian daripada Taman Negeri Selangor, kawasan tadahan air terpenting untuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Keperluan untuk melaksanakan projek KLORR adalah berdasarkan laporan yang disediakan 15 tahun lalu. Sejak itu, kerajaan Persekutuan telah meningkatkan usaha untuk memperbaiki dan mempromosi penggunaan pengangkutan awam," kata gabungan itu.

Gabungan itu terdiri daripada Tabung Alam Malaysia (WWF Malaysia), Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Selamatkan Sungai Selangor dan pertubuhan Treat Every Environment Special (TrEES).

Kerajaan Selangor berkata mereka sedang merancang untuk meningkatkan bilangan pengguna pengangkutan awam sebanyak 40% pada masa hadapan berbanding 5% pada hari ini selain melaksanakan pelan stesen transit untuk meminimumkan penggunaan kereta di bandar itu dan mengurangkan kesesakan lalu lintas serta pencemaran udara.

"Kita boleh menghadapi kesesakan lalu lintas sehingga sistem pengangkutan awam dipertingkatkan tetapi tidak boleh hidup tanpa air," kata gabungan pertubuhan itu.

Gabungan pertubuhan itu berkata, kawasan tadahan air di Ampang membekalkan 19 juta liter air bersih setiap hari kepada 9,225 pengguna manakala hutan simpan Ulu Gombak merupakan kawasan tadahan air untuk Empangan Klang Gates yang dilaporkan mampu membekalkan air kepada 80,000 isi rumah dan kilang di sekitar Lembah Klang.

Mereka turut mempertikaikan keberkesanan mengadakan siasatan awam dengan mengambil kira walaupun orang awam dan badan bukan kerajaan (NGO) menggesa kerajaan untuk mengubah penjajaran laluan itu sejak 2009, usaha hanyalah sia-sia.

Malah kata mereka, setiap rakyat Malaysia yang prihatin harus mempunyai hak untuk membantah pewartaan itu.

Jabatan Perhutanan Selangor telah mengeluarkan notis dalam beberapa akhbar harian utama pada 14 Februari lalu bagi mempelawa pihak berkepentingan di daerah Ulu Langat dan Gombak untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap cadangan itu dalam tempoh 30 hari.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan