Beri Peluang Individu Senarai Hitam Beli Rumah PPR - Mukhriz

Diterbitkan: Rabu, 5 Mac 2014 10:28 PM

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (kiri) melihat pelan perumahan selepas pelancaran Program Perumahan Rakyat (PPR) Peringkat Negeri Kedah di Tapak Projek Kampung Naga, Kepala Batas, Alor Setar, Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JITRA: Kerajaan Negeri Kedah mencadangkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mencari mekanisme terbaik bagi memberi peluang kepada individu disenarai hitam untuk memiliki rumah sendiri di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR).

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, kebiasaannya kebanyakan individu yang memohon untuk membeli rumah PPR gagal mendapat pinjamaninstitusi kewangan kerana telah disenarai hitam akibat tanggungan hutang.

"Ada (pembeli) yang mempunyai masalah kadang-kadang disenarai hitam CTOS (Credit Tip Off Service) atau CCRIS (Central Credit Reference Information System), jadi kedudukan kredit mereka tidak baik.

"Saya bagi pihak mereka merayu kepada KPKT supaya mempermudahkan urusan pasal kes pinjaman tersangkut ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran PPR Dimiliki Peringkat Negeri di Kampung Naga dekat sini, Rabu.

Beliau berkata, kerajaan negeri sangat berharap pihak kementerian dapat 'menutup sebelah mata' dan mempertimbangkan pembelian bagi mereka yang mengalami masalah tersebut.

Sementara itu, Timbalan Menteri KPKT Datuk Halimah Mohamed Sadique yang turut hadir pada majlis itu ketika diminta mengulas cadangan Mukhriz itu berkata beliau akan membawa perkara itu ke peringkat kementerian untuk dibincangkan.

"PPR ada dua konsep iaitu dimiliki dan disewa, yang 312 ini (di Kampung Naga) konsepnya dimiliki, kita jual. Pemohon akan melalui sistem pendaftaran terbuka, di pihak kerajaan pusat kita dapatkan tanah daripada kerajaan negeri atau swasta, kita bangunkan dan serah kepada kerajaan negeri.

"Kalau ada (pembeli) dah disenarai hitam...mungkin boleh buat pendekatan sewa beli, maknanya sambil dia menyewa, bayar habis, dia boleh miliki rumah itu. Konsep sewa beli dapat membantu pemohon yang memang mahukan rumah tapi tak berupaya atas faktor disenarai hitam dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, walaupun kaedah berkenaan belum pernah dilaksanakan sebelum ini, cadangan berkenaan adalah sangat baik bagi membantu golongan kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri.

Tags / Kata Kunci: mukhriz , kedah , jitra , ccris , ctos , ppr

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan