Mangsa Buruh Paksa Dibenar Bekerja Dibawah Dasar Baharu - Berita Semasa | mStar

Mangsa Buruh Paksa Dibenar Bekerja Dibawah Dasar Baharu

Diterbitkan: Rabu, 5 Mac 2014 2:34 PM

Mohamad Khalid Shariff.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mangsa buruh paksa yang tidak lagi memerlukan jagaan dan perlindungan akan dibenarkan untuk bekerja di bawah satu dasar baharu yang diumumkan Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO).

Mereka akan diberi pas imigresen khas pada setiap bulan dan pas pekerjaan sementara sebaik saja pekerjaan mereka terjamin.

Mereka yang gagal mendapatkan pekerjaan dalam satu tempoh yang ditetapkan akan dihantar pulang, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff pada Rabu.

"Amalan sedia ada di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 memerlukan mangsa pemerdagangan manusia ditempatkan di rumah perlindungan sebaik saja menerima Perintah Perlindungan (PO).

"Sebelum ini, mangsa buruh paksa hanya dibenarkan bekerja sebaik saja tamat perintah tersebut," kata Mohamad Khalid yang juga Pengerusi MAPO.

Dasar tersebut berkuatkuasa pada 1 Mac lalu dan mangsa dikehendaki memenuhi beberapa syarat untuk melayakkan mereka menyertai program itu.

Ia hanya melibatkan mereka yang memasuki Malaysia dengan dokumen perjalanan yang sah, mangsa yang ingin bekerja dengan kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan misi diplomatik berkaitan.

Mohamad Khalid berkata dasar itu adalah selaras dengan saranan Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) 2013 untuk mangsa pemerdagangan manusia yang dibenarkan tinggal di rumah perlindungan dan diberi pekerjaan.

Tags / Kata Kunci: Mangsa Buruh Paksa , MAPO , KDN
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan