Beberapa Agensi Kerajaan Negeri Melaka Alami Kerugian Disiasat

Diterbitkan: Rabu, 5 Mac 2014 9:30 AM

Idris Haron.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Beberapa agensi kerajaan negeri sedang disiasat atas dakwaan wujudnya salah urus selepas mencatatkan kerugian mencecah kira-kira RM360 juta.

Status kewangan yang mengejutkan agensi-agensi terbabit diketahui lebih sebulan selepas rombakan dilakukan pada 1 Januari lalu menyaksikan 18 pegawai kanan dalam agensi terbabit ditukar.

Antara sebab-sebab kerugian itu adalah kesilapan besar dalam pungutan hutang, perbelanjaan berlebihan, perancangan kewangan dan perolehan yang tidak teratur dan kos berlebihan dalam menganugerahkan kontrak.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron mengesahkan agensi-agensi terbabit berdepan krisis kewangan.

Agensi-agensi itu sepatutnya menjadi perniagaan yang menguntungkan kepada kerajaan negeri.

Yayasan Melaka, sebuah institusi yang menyediakan pendidikan berkualiti kepada rakyat malaysia, berdepan bebanan hutang sebanyak RM286 juta.

Selain itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka mengalami kerugian hampir RM50 juta.

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang ditubuhkan pada Januari 2010 pula menanggung bebanan hutang mencecah RM25 juta.

Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) mengalami defisit fiskal mencecah jutaan ringgit selepas sebuah agensi kerajaan gagal menyelesaikan bayaran sewa untuk penggunaan dewan serbaguna di Ayer Keroh.

Difahamkan, lebih banyak agensi kerajaan negeri itu mungkin melaporkan kerugian kewangan dalam satu mesyuarat yang diarahkan oleh pejabat Ketua Menteri yang akan diadakan selepas berakhirnya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis.

"Saya yakin dapat memulihkan keadaan dan mengemudi agensi-agensi terbabit untuk menjana pendapatan.

"Beri kerajaan negeri sedikit masa untuk memulihkan agensi yang bermasalah ini; kami optimis dapat mencapainya menerusi perancangan yang teliti."

Beberapa agensi tersebut gagal menyerahkan laporan kewangan terperinci menyatakan kerugian itu.

Idris berkata rombakan ke atas beberapa pegawai kanan telah dibuat untuk mempertingkatkan prestasi agensi-agensi terbabit yang akan melengkapkan kerajaan negeri dalam fasa kedua menjadikan Melaka sebuah negeri yang membangun.

Difahamkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dimaklumkan mengenai perkara ini tetapi usaha untuk mendapatkan komen beberapa pegawainya tidak berjaya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan