Pemimpin SUPP Temui Adenan

Diterbitkan: Selasa, 4 Mac 2014 12:27 PM

Peter Chin Fah Kui.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bersama anggota jawatankuasa kerja pusat parti itu mengadakan pertemuan khas dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem di pejabat ketua menteri di Wisma Bapa Malaysia pagi Selasa.

Hadir sama ialah Menteri Pelancongan dan Pembangunan Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Menteri Perancangan Sumber II dan Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Pemimpin kanan SUPP yang turut hadir ialah Timbalan Presiden Datuk Seri Richard Riot Jaem, Setiausaha Agung Dr Sim Kui Hian dan Bendahari Agung Datuk David Teng.

Pertemuan itu dijangka membincangkan kemelut yang melanda SUPP sejak tahun 2010 dan mendapatkan pandangan Adenan tentang cara menyelesaikannya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Peter Chin , SUPP , Adenan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan