Beberapa Kawasan Di Selangor Catat IPU Tidak Sihat - Berita Semasa | mStar

Beberapa Kawasan Di Selangor Catat IPU Tidak Sihat

Diterbitkan: Selasa, 4 Mac 2014 12:04 PM

Kelihatan seorang pejalan kaki mengenakan topeng muka ekoran jerebu yang melanda ibu kota ketika tinjauan fotoBernama di sekitar Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Banting, Kuala Selangor, Pelabuhan Klang, Petaling Jaya, Shah Alam dan Batu Muda mencatat indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat pagi Selasa dengan bacaan antara 115 dan 133.

Putrajaya dan Cheras di Kuala Lumpur turut mencatatkan bacaan pada paras sederhana iaitu 87 dan 83 setakat pukul 8 pagi Selasa, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar.

Antara kawasan lain yang mencatat bacaan menghampiri paras tidak sihat adalah Kampung Air Putih (91) dan Seri Manjung (89) di Perak, Muar (87) di Johor, Seremban (83) dan Bakar Arang di Sunga Petani, Kedah (80).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Tags / Kata Kunci: Jerebu , IPU Tidak Sihat , Selangor
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan