Tiga Kementerian Bantu Tangani Krisis Air

Diterbitkan: Ahad, 2 Mac 2014 4:28 PM

Hishammuddin Tun Hussein

Hishammuddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga kementerian iaitu Pertahanan, Kerja Raya beserta Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan bekerjasama untuk menggerakkan aset masing-masing bagi menghantar air ke kawasan yang mengalami krisis.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menghantar sembilan trak 'water browser' yang setiap satu boleh membawa 10,000 liter air.

Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia pula bersedia menggeragkan enam trak itu yang boleh membawa kapasiti 5,000 hingga 15,000 liter air, katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menggerakkan anggota dan asetnya sekiranya bantuan yang disalurkan ATM dan persatuan tersebut masih tidak mencukupi.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) pula akan memastikan semua trak tersebut akan diuji kualiti airnya terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk diagih kepada penduduk.

"Dalam pada itu, ingin saya maklumkan bahawa Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) sedia menggerakkan ahli-ahli Bridged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) ke pusat bantuan bekalan air bagi membantu warga emas, wanita atau penduduk untuk mengangkut air ke kediaman mereka termasuk di flat," kata Hishammuddin.

Beliau berkata, pada 13 Februari lepas, ATM telah mengatur gerak tiga trak water browser ke Dengkil membabitkan Kampung Selangor Dredging, Taman Arked dan Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Paya Indah.

Katanya, sepanjang 10 hari operasi tersebut, sebanyak 1,015,00 liter air telah diagih kepada pengguna di tiga lokasi berkenaan melibatkan 950 buah rumah dan premis serta 2,750 penduduk.

"Bantuan ini diperluaskan ke Balakong membabitkan kawasan Pangsapuri Kasuari, Taman Kenari dan Taman Setia yang 450 buah rumah dan 2,250 orang penduduk terlibat dalam operasi pengagihan air ini, sertasebanyak 85,000 liter air (setakat 25 Feb) diagihkan kepada penduduk Balakong," katanya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan