Pemuda Umno Rancang Program Dekati Muda Di PRK Kajang

Diterbitkan: Ahad, 2 Mac 2014 5:08 PM

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pergerakan Pemuda Umno merancang pelbagai program untuk mendekati golongan muda sepanjang tempoh berkempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Selangor.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, setakat ini pergerakan telah mengenal pasti kira-kira 15,000 pengundi muda di kawasan berkenaan.

"Pelbagai aktiviti kita rancang sepanjang tempoh berkempen berkenaan antaranya program-program mendekati pengundi muda," katanya kepada pemberita selepas pelancaraan Wheel's For All anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, Ahad.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, pihaknya mempunyai strategi tersendiri untuk mendekati golongan muda di kawasan DUN Kajang.

PRK DUN Kajang dijadual 23 Mac manakala penamaan calon 11 Mac.

Bagi PRK DUN Kajang, BN bakal menurunkan calon MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang merupakan Naib Presiden MCA dan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat manakala pakatan pembangkang menamakan Datuk Seri AnwarIbrahim.

DUN Kajang mempunyai 39,378 pemilih berdaftar iaitu 48 peratus pengundi Melayu, pengundi Cina (40 peratus), pengundi India (10 peratus) dan 2 peratus pengundi kaum-kaum lain.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan