Khalid Dicabar Dedah Nama Pemimpin Lengahkan Projek Langat 2

Diterbitkan: Ahad, 2 Mac 2014 11:03 AM

Chong (tengah) mencabar Khalid mendedahkan nama pemimpin Pakatan Rakyat Selangor yang melengahkan Projek Langat 2 sehingga menyebabkan rakyat menderita akibat krisis air ketika ini.

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta mendedahkan nama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang cuba mempengaruhi penilaian aset air di negeri itu.

Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon berkata, Khalid perlu mendedahkan pemimpin yang terlibat dalam melambatkan projek Langat 2 kerana rakyat perlu tahu siapa yang menjadi dalang terhadap krisis air yang menyusahkan mereka ketika ini.

"Rakyat perlu tahu bahawa kelewatan itu disebabkan perbalahan dalaman di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan tiada kaitan dengan Kerajaan Persekutuan," katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan MCA Kajang pada Sabtu.

Dalam temubual dengan The Star pada Khamis, Khalid menjelaskan sebab mengapa beberapa pemimpin Pakatan dibiarkan untuk tidak mengetahui mengenai perjanjian penstrukturan air kerana untuk mengelakkan kemungkinan penyalahgunaan maklumat dan perdagangan secara sulit.

Pada Rabu, kerajaan negeri telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Kerajaan Persekutuan untuk memudahkan pelaksanaan projek Langat 2.

Chong berkata, oleh kerana isu air telah diselesaikan oleh Khalid ia bermakna pengundi tidak perlu lagi memilih Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

"Selepas pelaksanaan projek Langat 2 di selesaikan baru-baru ini, Anwar tidak perlu lagi bertanding di Selangor. Dia hanya perlu kekal sebagai ahli parlimen di Pulau Pinang dan ketua pembangkang," tegasnya.

Ketika diminta mengulas mengenai calon MCA Datin Paduka Chew Mei Fun yang dilabelkan sebagai "MP Longkang " oleh pihak pembangkang , Chong berkata, Pakatan tidak mempunyai isu-isu lain untuk digunakan terhadap Chew dan terpaksa mengambil jalan mudah dengan menyerang peribadi lawan.

"Label hanya sebenar adalah beliau (Chew) pemimpin yang rajin memberi tumpuan kepada rakyat. Kami menggesa Pakatan untuk berdebat secara profesional mengenai isu rakyat tanpa menyerang peribadi calon MCA," katanya.

Ketua Pemuda MIC C.Sivarraajh juga mengecam pembangkang dengan berkata beribu-ribu orang di Selangor dan Kuala Lumpur kini menderita akibat penagguhan projek Langat 2 selama ini.

"Ia boleh dielakkan jika tidak ada masalah dalaman timbul di dalam Kerajaan Pakatan Selangor," jelansya.

Di Tapah, MCA Perak menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mendekati pengundi pengundi yang tinggal di negeri ini.

Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata terdapat kira-kira 100 pengundi berdaftar bagi kawasan pilihan raya itu dan berharap pihaknya mampu meyakinkan mereka bagi memilih Chew.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan