BN Tidak Pernah Memilih Bantu Rakyat - Chew

Diterbitkan: Ahad, 2 Mac 2014 6:23 PM

Chew Mei Fun

Chew Mei Fun.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dasar yang diamalkan Barisan Nasional (BN) dalam membantu rakyat adalah berpandukan kepada keperluan mereka, bukan kerana untuk menghadapi pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

Naib presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun pada Ahad berkata, memberi bantuankepada rakyat sudah menjadi satu norma bagi BN sejak dahulu lagi.

Bagaimanapun, katanya sesetengah rakyat mendapat gambaran salah (mengenai bantuan yang diberi) dan menganggap BN hanya memberi peruntukan semasa pilihan raya dan ini tidak benar sama sekali.

"Tanpa mengira masa dan tempat, MCA sentiasa berusaha dengan sesungguh hati untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat," kata Chew, yang juga bakal calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang pada 23 Mac ini.

Dalam kenyataan di sini, Chew berkata, wakil rakyat perlu mendengar pendapat rakyat dan menjaga keperluan mereka serta terus berusaha ke arah meningkatkan kemajuan ekonomi, budaya dan sosial di negara ini.

Tags / Kata Kunci: Barisan Nasional , BN , Chew Mei Fun , PRK Kajang , MCA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan