Malaysia-Filipina Sedia Wujudkan Hotline Antara Pasukan Keselamatan

Diterbitkan: Sabtu, 1 Mac 2014 9:58 AM

Najib bersalaman dengan Benigno selepas sidang media bersama sempena lawatan rasmi dua hari Presiden Filipina itu di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia dan Filipina sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan satu talian hotline antara pasukan keselamatan kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah tersebut wajar kerana amat penting bagi kedua-dua negara mengukuhkan usaha-usaha pencegahan.

"Jika berlaku sebarang insiden, kita amat memerlukan tindakan segera sama ada daripada pihak Malaysia mahupun Filipina.

"Perlu ada pertukaran maklumat perisikan dan kami sedang meneliti kemungkinan untuk mewujudkan satu talian holine antara pasukan keselamatan kedua-dua negara," katanya dalam sidang akhbar bersama Presiden Filipina, Benigno Aquino selepas perbincangan dua hala mereka di sini, Jumaat.

Pada Februari tahun lalu, sekumpulan lelaki bersenjata Sulu dari selatan Filipina mendarat di Kampung Tanduo di Lahad Datu dalam usaha untuk menawan perkampungan tersebut.

Insiden itu menyebabkan kerajaan melancarkan Ops Daulat di mana 61 penceroboh terbunuh dan negara kehilangan 11 anggota keselamatan.

Najib turut mengucapkan tahniah kepada Aquino mengenai Perjanjian Bangsamoro di mana rangka kerja perjanjian itu telah ditandatangani manakala empat lampiran iaitu perjanjian menyeluruh akan dimeterai akhir bulan ini.

"Presiden Aquino menjemput saya untuk menghadiri majlis (menandatangani perjanjian) itu dan saya berharap untuk menghadiri majlis bersejarah ini yang akan membawa era baharu kepada rakyat Filipina terutamanya di selatan Filipina.

"Malaysia berasa bangga kerana kita dapat memainkan peranan sebagai pemudahcara dalam membantu proses ini dan memperkukuhkan proses tersebut.

"Kami akan menawarkan pembangunan keupayaan Bangsamoro kerana menjadi sebahagian daripada masa depan kerajaan di selatan Filipina memerlukan mereka untuk mempunyai kemahiran baharu," katanya.

Najib berkata, Malaysia bersedia menawarkan kepakarannya dalam bidang kewangan Islam, perkhidmatan perbankan dan produk halal kepada Filipina berikutan permintaan Aquino.

Aquino turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia di atas usaha menyatukan keamanan dan pembangunan di Mindanao.
Tags / Kata Kunci: Najib , Aquino , Hotline , Pasukan Keselamatan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan