Kes Saman Terhadap Hadi Awang Tidak Jejas Imej PAS

Diterbitkan: Sabtu, 1 Mac 2014 8:35 PM

Abdul Hadi Awang

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu menganggap saman sebanyak RM2 juta oleh bekas calon PKR terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menjejaskan imej parti itu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat berkata saman bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Abdul Hadi menyebabkan parti itu terus menerima sokongan.

"Isu ini seperti fenomena setiap kali adanya pilihan raya kecil (PRK) seperti PRK Kuala Besut hinggalah ke PRK Kajang," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Media bersama pemimpin PAS di sini.

Pada 23 Feb lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan Abdul Hadimembayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal hadir untuk menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Dis tahun lalu.

Pada Khamis lepas, Abdul Hadi menfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah itu.

Tags / Kata Kunci: Saman , Hadi Awang , PAS , PKR

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan