Perbicaraan Sweden: Ammar Dipukul Bapanya - Kawan Baik

Diterbitkan: Sabtu, 1 Mac 2014 11:33 PM

Ammar Azizul Raheem

(Ubah saiz teks)

STOCHOLM: "Hanya bapanya yang pukul dia," keterangan daripada kawan baik kepada anak sulung lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang menjalani perbicaraan di atas dakwaan memukul anak-anak mereka.

Nicolai Mikkelsen,13, merupakan kawan kepada Ammar berkata, dia mendapati kawannya itu dipukul oleh ibu bapanya apabila dia bertanyakan kepada Ammar kenapa Ammar selalu 'bad mood' dan sakit bahu.

"Kadang-kala apabila kami menyentuh bahunya, Ammar jadi marah dan memberitahu bahunya sakit. Apabila kami bertanya kenapa, Ammar berkata ia kerana dipukul ibu bapanya," kata Mikkelsen, sambil menambah dia mengetahui hal ini sejak gred enam, kira-kira dua tahun lalu.

Memandangkan Mikkelsen masih kecil, kenyataannya itu dipaparkan di Mahkamah Daerah Solna dalam bentuk temuduga secara rekod oleh polis Sweden.

Mikkelsen menggambarkan Ammar sebagai 'lelaki baik yang rajin tetapi agak sensitif".

Remaja yang mempunyai rambut berwarna perang gelap ini dilihat memakai baju-T dan seluar kargo dan bercakap dalam bahasa Denmark, diterjemahkan ke bahasa Sweden ketika temuduga sepanjang 40 minit ini, dan selepas itu diterjemahkan ke bahasa Inggeris bagi pertuduhan.

Mikkelsen berkata dia dan beberapa kawan Ammar telah menyakinkan remaja Malaysia untuk bercakap dengan kaunselor sekolah bagi memastikan mereka boleh membantu ibu bapa Ammar agar berhenti memukulnya.

Azizul Raheem Awalluddin, merupakan Pengarah Tourism Malaysia di Stockholm, dan isterinya Shalwati Nurshal ditahan 18 Disember tahun lalu selepas Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia telah dipukul, yang membawa mereka untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Ketika ditanya yang mana satu memukul Ammar, Mikkelsen mengandaikan bapanya kerana dia tidak pernah menyebut nama ibu.

Tambahnya, Ammar telah memberitahunya dipukul lima hingga lapan kali, dan berkata ibu bapanya memukul atas perkara remeh seperti lewat untuk makan malam.

"Ammar berkata jika insiden kecil dia hanya akan dipukul di bahu, tetapi ada yang lebih serius apabila bapanya akan memukulnya lebih kuat dan bercakap dengan nada kuat kepadanya, " kata Mikkelsen .

Ini bercanggah dengan keterangan Ammar sebelum ini memberitahu dia selalu dipukul oleh ibunya, dipukul 1000 kali setahun.

Mikkelsen mengakui dia hanya melihat tanda merah di bahu Ammar hanya beberapa kali sahaja, dan itu "cukup kecil yang disebabkan oleh apa sahaja."

Pada 10 Februari lalu, Shalwati dan Azizul didakwa dengan pelbagai kekasaran dan melanggar integriti kanak-kanak, dengan memukul serta mendera anak-anak mereka.

Kesalahan-kesalahan yang didakwa berlaku di rumah keluarganya di Spånga, pinggir bandar Stockholm, antara September 15, 2010 dan 17 Disember 2013 .

Perbicaraan bersambung pada 3 Mac ini.

Tags / Kata Kunci: Sweden , dera , ammar , kawanbaik

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan