Abdul Khalid Sah Tanding Jawatan Timbalan Presiden PKR

Diterbitkan: Sabtu, 1 Mac 2014 9:52 AM

Abdul Khalid Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti Mei ini.

Beliau mengejutkan semua orang pada majlis makan malam di kediaman rasminya, Jumaat malam selepas memberitahu kepada pemberita bahawa beliau tidak akan membuat sebarang pengumuman utama.

Ruang kediamannya terus dihangatkan lagi dengan tepukan gemuruh ketika di tengah ucapannya yang menggesa semua orang perlu memberi keutamaan kepada pilihan raya kecil di Kajang, beliau tiba-tiba mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Khabar angin mengatakan beliau akan membuat pengumuman mengenai perkara tersebut hangat diperkatakan sejak petang Jumaat.

Beberapa media melaporkan Abdul Khalid dijangka akan membuat 'pengumuman penting' pada majlis makan malam yang dihadiri ahli-ahli parti.

Semasa makan malam, Abdul Khalid menegaskan bahawa beliau tidak akan membuat sebarang pengumuman.

Setiausaha politik Abdul Khalid, Azman Abidin, berterus-terang dan mengesahkan mengenai perkara itu walaupun beliau (Abdul Khalid) belum menyuarakan hasrat untuk mencabar Azmin Ali.

"Ia bukan rahsia. Ia bukan 99 peratus, tetapi 100 peratus adalah pasti," katanya kepada The Star pada majlis itu.

Walau bagaimanapun, Azman berkata Abdul Khalid mahu menumpukan perhatian kepada perjanjian air yang telah ditandatangani antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan pada Khamis lalu.

Beberapa kakitangan Abdul Khalid yang lain juga mengesahkan bahawa beliau akan bertanding untuk jawatan itu dan yang menjadi persoalannya adalah bila beliau akan mengumumkan hasrat tersebut.

Pemilihan PKR dijangka akan diadakan pada Mei depan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan akan bertanding jawatan presiden.

Abdul Khalid akan menentang Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan kali ini.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan