Adenan Satem Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri Sarawak

Diterbitkan: Jumaat, 28 Februari 2014 11:39 AM

Adenan Satem

Adenan Satem. Foto ZULAZHAR SHEBLEE / THE STAR

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Tan Sri Adenan Satem, 70, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak kelima pada Jumaat.

Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang memegang jawatan itu selama 33 tahun, menjadikannya sebagai ketua menteri paling lama di negeri itu.

Adenan menerima watikah perlantikan daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana pada pukul 9.40 pagi.

Adenan merupakan Menteri Tugas-Tugas Khas Sarawak yang pernah memegang beberapa portfolio di Kerajaan Persekutuan dan negeri dalam tempoh dua dekad.

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Jamilah Anu dan dikurniakan seramai lima anak.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan