DUN Balingian: SPR Adakan Mesyuarat Pada 6 Mac

Diterbitkan: Khamis, 27 Februari 2014 5:05 PM

Tan Sri Abdul Taib Mahmud melambaikan tangan kepada kakitangan Jabatan Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia di Kuching, Khamis. Turut sama Puan Sri Ragad Kurdi. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 6 Mac bagi membincangkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, Sarawak yang akan dikosongkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Jumaat. 

Mesyuarat yang dijadual bermula 10 pagi itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di ibu pejabat SPR, Putrajaya. 

Ia akan diikuti dengan sidang akhbar selepas itu, kata Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan di sini, Khamis.  

Beliau juga memaklumkan bahawa SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak semalam berkenaan pengosongan kerusi DU NBalingian oleh penyandangnya Taib, yang berkuatkuasa esok, 28 Februari. 

Taib yang berkhidmat sebagai ketua menteri Sarawak sejak 1981 akan melepaskan jawatan secara rasmi pada Jumaat. 

Di KUCHING, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata beliau menerima sepucuk surat daripada Abdul Taib semalam yang memaklumkan bahawa beliau akan mengosongkan kerusi berkenaan, Jumaat. 

Kata Mohamad Asfia, beliau memaklumkan perkara itu kepada SPR secara bertulis hari ini. 

"Kami serahkan kepada SPR untuk mengambil tindakan seterusnya apabila kerusi itu dikosongkan (esok), yang secara automatik membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan," katanya pada satu sidang akhbar. 

Mohamad Asfia berkata oleh kerana kerusi berkenaan dikosongkan lebih dua tahun sebelum berakhirnya tempoh penggal dewan undangan negeri pada 20 Jun 2016, maka satu pilihan raya kecil perlu diadakan mengikut Seksyen 21 (5) perlembagaan negeri.  

Katanya terserah kepada ketua menteri akan datang, Tan Sri Adenan Satem, untuk menentukan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil itu. 

Adenan, yang kini Menteri Tuags-tugas Khas di Pejabat Ketua Menteri, dijadual mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sarawak kelima, Jumaat. 

Abdul Taib pula dijadual mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak baharu pada Sabtu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan