Kerajaan Tidak Bertolak Ansur Terhadap Peniaga Cari Keuntungan Melampau

Diterbitkan: Khamis, 27 Februari 2014 5:19 PM

Gerai sayur-sayuran di Pasar Presint 8 lengkap dengan tanda harga ketika tinjauan fotoBernama sempena pemantauan tanda harga oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pelancaran Gerakan Pematuhan Tanda Harga di Pasar Presint 8, Putrajaya, Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin menengaskan bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur mengambil tindakan terhadap perniaga yang mengingkari peraturan perniagaan untuk mencari keuntungan melampau.

Sehubungan itu, timbalan perdana menteri berkata kerajaan sentiasa memantau secara langsung tindakan peniaga yang menggunakan pelbagai kaedah bagi memanipulasi kos dan harga barang di pasaran.

Ini termasuk aktiviti antipersaingan seperti amalan monopoli dan kartel yang menyumbang kepada kenaikan kos barangan dan membebankan rakyat.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga mewujudkan undang-undang seperti Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2011 bagi memastikan persekitaran perniagaan adalah kondusif dan memanfaatkan semua pihak di pasaran.

"Kerajaan menggalakkan sektor perniagaan untuk berjaya dan meraih keuntungan yang berpatutan kerana ia turut membantu menjana hasil dan imej negara tetapi kerajaan tidak mengizinkan mana-mana pihak khususnya peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang atau perkhidmatan bagi mendapatkan keuntungan melampau.

"Peniaga perlu lebih bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan meraih keuntungan tetapi mereka tidak harus lupa tanggungjawab sosialnya untuk membantu pengguna dengan tidak mengenakan harga yang terlalu tinggi," katanya pada Majlis Pelancaran Gerakan Pematuhan Tanda Harga di Pasar Awam Presint 8, di sini Khamis.

Hadir sama ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek, Timbalan Menteri Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat.

Gerakan Pematuhan Tanda Harga yang dilancarkan serentak di seluruh negara merupakan inisiatf kerajaan melalui KPDNKK untuk memastikan para penaiga mematuhi undang-undang berkaitan penadaan harga.

Muhyiddin berkata kerajaan telah mengenal pasti isu kenaikan kos yang disebabkan amalan-amalan tidak bertanggungjawab oleh pelbagai pihak dan antaranya ialah pihak peniaga memandang remeh akan tanggungjawab mereka mempamer tanda harga dengan sempurna.

"Dalam lawatan-lawatan mengejut saya, saya sendiri mendapati ada peniaga dan peruncit yang tidak mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan, terutama dalam mempamerkan tanda harga bagi barangan dan jualan mereka.

"Bagi menimbulkan kesedaran tinggi dan memperkasa amalan terbaik perniagaan, selain menyampaikan mesej jelas akan keseriusan kerajaan melindungi kepentingan semua pihak, kerajaan melancarkan Gerakan Pematuhan Tanda Harga yang bermula bulan ini sehingga Julai," katanya.

Muhyiddin berkata dalam tempoh enam bulan ini, peniaga di seluruh negara perlu mempamer tanda harga. Sekiranya mereka tidak mematuhi selepas tempoh yang diberikan, tindakan akan diambil terhadap peniaga yang degil.

"Saya harap inisiatif ini akan memastikan nasib pengguna di negara ini lebih terbela," katanya.

Di bawah Perintah Kawalan Harga (Penadaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993, penalti boleh dikenakan ke atas kesalahan berkaitan penandaan harga yang melibatkan syarikat, iaitu didenda sehingga RM100,000 manakala bagi kesalahan melibatkan individu boleh didenda sehingga RM50,000 atau dua tahun penjara atau penjara atau kedua-duanya.

Gerakan Pematuhan Tanda Harga ini menyasarkan semua jenis perniagaan runcit iaitu pasar raya besar, pasar raya, pasar mini, kedai runcit, restoran, pasar awam, pasar malam, pasar tani, bengkel, medan selera, salun, dan lain-lain perniagaan runcit.

Kriteria bagi penandaan harga ialah tanda harga mesti diletakkan dengan jelas dan saiz tanda harga mesti bersesuaian dengan barang yang dijual selain senarai harga hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya dan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM).

Sekiranya terdapat peniaga yang tidak memenuhi undang-undang berkaitan penandaan harga, pengguna boleh menyalurkan aduan dengan menelefon talian bebas tol 1-800-886-800 atau e-mel.

Tags / Kata Kunci: tan sri muhyiddin yassin , harga

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan