Penggunaan Pelekat Hologram Pada Al-Quran Dibawa Ke Kabinet - Zahid

Diterbitkan: Khamis, 27 Februari 2014 2:40 PM

Zahid

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penggunaan pelekat hologram pada naskhah al-Quran yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Mac depan akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet terlebih dahulu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, langkah itu dibuat bagi mendapatkan pandangan jemaah menteri sebelum sebarang keputusan mengenainya dimuktamadkan.

"Sementara menanti keputusan Kabinet yang diharap akan memberi situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak, kita ambil keputusan untuk 'memperlahankan' penguatkuasaan itu," katanya kepada pemberita.

Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM).

Penggunaan pelekat hologram diperkenalkan sejak 2011 yang mewajibkan penerbit atau pencetak al-Quran melekatkan pelekat hologram (yang dijual pada harga RM1 sekeping) pada setiap naskhah kitab suci itu.

Namun PQM meminta kerajaan memansuh penguatkuasaan pelekat tersebut pada naskhah al-Quran kerana ia dikatakan membeban dan menyebabkan harga kitab suciitu meningkat sehingga 50 peratus.

Ahmad Zahid berkata, pertemuan dengan PQM pada Khamis memberi ruang kepada kementerian untuk mendengar dan memperhalusi sebarang masalah yangdibangkitkan.

"Pertemuan ini diadakan untuk mencapai kesepakatan sejauh mana penerbit-penerbit al-Quran boleh dibantu untuk mengatasi permasalahan mereka termasuklah apabila berlaku cetak rompak terhadap al-Quran.

"Pengalaman kementerian-kementerian lain sebelum ini yang menguatkuasakan pelekat hologram juga didapati gagal meredakan masalah cetak rompak, jadi kita tak mahu berlaku lagi perkara seperti itu," katanya.

Presiden PQM, Sabariah Abdullah menyambut baik keputusan kementerian untuk 'memperlahankan' aktiviti penguatkuasaan itu buat sementara waktu tanpa sebarang denda dikenakan yang boleh mencecah sehingga RM10,000.

"Pada masa yang sama persatuan masih berharap pengunaan pelekat hologram dimansuhkan kerana ia tidak menjamin ketulenan al-Quran memandangkan pelekat hologram itu sendiri boleh dipalsukan," katanya.

Tags / Kata Kunci: hologram quran

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan