Projek MRT Sungai Buloh-Kajang Hampir 40 Peratus Siap

Diterbitkan: Rabu, 26 Februari 2014 5:55 PM

Pembinaan projek Mass Rapid Transit (MRT) yang membabitkan jarak 100 meter giat dijalankan di Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga) Bukit Dukung di Kajang, Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Projek MRT Sungai Buloh-Kajang yang menelan kos tidak lebih RM23 bilion, kini hampir 40 peratus siap.

"Keseluruhan projek itu kini kira-kira 37 peratus siap manakala kemajuan keseluruhan projek itu sudah mencapai 51 peratus," kata Pengarah Perhubungan Awam dan Komunikasi Strategik MRT Corp Sdn Bhd Amir Mahmood Razak.

"Kami mencapainya hasil sokongan padu kerajaan, kontraktor dan penduduk," katanya pada taklimat media mengenai pembinaan jejambat khas merentas Lebuhraya Cheras-Kajang, di sini, Rabu.

Beliau berkata kemalangan sifar yang direkodkan setakat ini membuktikan keberkesanan pengurusan keselamatan trafik menyeluruh di sepanjang laluan pembinaan MRT.

Amir berkata perancangan teliti antara rakan projek, MMC Gamuda KVMRT (PDP)Sdn Bhd dan MTD Construction Sdn Bhd, dilakukan bagi memastikan pengurusan trafik di Lebuhraya Grand Saga Cheras-Kajang terkawal di sepanjang tempoh pembinaan jejambat khas itu.

Jejambat sepanjang 100 meter Pakej V7, dalam pakej kerja kontraktor MTD Construction itu, merupakan antara 21 jejambat khas yang akan dibina untuk keseluruhan landasan Sungai Buloh-Kajang.

"Bagi melaksanakan pembinaan itu, Leburaya Cheras-Kajang ditutup berperingkat-peringkat bermula 3 Mac selama enam bulan.

"Ia membabitkan penutupan sementara laluan trafik di lapan lorong lebuh raya dalam empat peringkat," kata Amir.

Beliau berkata kontraktor sudah mengambil pelbagai langkah bagi meminimumkan kesesakan trafik, termasuk makluman awam lebih awal, papan tanda yang mencukupi, penandaan laluan dengan jelas serta pengawasan 24 jam MRT Ronda," katanya.

Taklimat itu dihadiri Timbalan Pengarah MMC Gamuda KVMRT (PDP) Adil Putra Ahmad dan Pengurus Projek MTD Construction, Ahmad Tarmizi

Tags / Kata Kunci: mrt , sungai buloh , kajang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan