Pembenihan Awan Bermula Hari Ini

Diterbitkan: Rabu, 26 Februari 2014 10:42 AM

Jurutera Empangan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) Mohd Noor Hairi Ab. Razak (kiri) dan Jurutera Loji Gemencheh Mohamad Amin Abu Zaka berbincang mengenai paras air di Empangan Gemencheh yang berkurangan berikutan cuaca panas dan ketiadaan hujan di Gemencheh. Empangan Gemencheh cuma mampu bertahan dalam masa 25 hari lagi, sekiranya tiada hujan dalam masa terdekat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Operasi pembenihan awan dijangka akan dilakukan hari ini (Rabu) di kawasan tadahan air yang untuk disalurkan ke loji rawatan air di empat negeri yang tidak pernah dituruni hujan sejak sebulan lalu.

Pegawai Kanan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Azhar Ishak mengesahkan pada Selasa bahawa pembenihan awan berkemungkinan dijalankan di kawasan tadahan empangan di Selangor, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan pada Rabu dan Khamis.

"Kami boleh mengesahkan bahawa operasi akan bermula ekoran ramalan menunjukkan kemunculan awan kumulus yang sesuai untuk operasi pembenihan," katanya pada Selasa.

Di kawasan tropika, pembenihan awan adalah cubaan untuk mendorong berlakunya hujan.

Apabila ditanya mengenai peluang kejayaan operasi itu, Azhar berkata ia bergantung kepada keadaan cuaca semasa pembenihan.

"Faktor angin dan ditambah pula dengan keadaan atmosfera merupakan aspek penting pembenihan awan," kata beliau sambil menambah bahawa jika berjaya, hujan akan turun dalam masa 10 hingga 15 minit dari masa pembenihan.

Azhar berkata sehingga kini, tiada hujan berlaku di kawasan tadahan empangan walaupun ada hujan terpencil di kawasan-kawasan lain.

"Kejayaan juga bergantung kepada sama ada hujan akan turun di dalam kawasan tadahan yang disasarkan selepas pembenihan dilakukan," kata Azhar.

Dedah beliau, Tentera Udara Diraja Malaysia akan mengendalikan operasi pembenihan di Lembah Klang dengan menggunakan bahan yang terbukti selamat.

Dalam kes ini, garam biasa akan digunakan untuk pembenihan awan.

Operasi pembenihan awan di Malaysia mencatatkan kadar kejayaan antara 57 peratus dan 65 peratus sejak 1974.

Johor juga merancang untuk memperkenalkan pembenihan awan dalam tempoh dua minggu akan datang untuk meningkatkan paras air di Empangan Sembrong Timur yang berfungsi untuk kegunaan penduduk di daerah Kluang.

Tags / Kata Kunci: Krisis Air , Empangan , Pembenihan Awan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan