Dua Kanak-Kanak Lelaki Disembelih Amah

Diterbitkan: Rabu, 26 Februari 2014 10:36 AM

Lokasi kejadian dua kanak-kanak malang mati disembelih pembantu rumah warga Indonesia di Sungai Buloh pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMMPUR: Dua kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan dan lima tahun mati dipercayai dikelar oleh pembantu rumah mereka sebelum dia membunuh diri di Taman Sri Putra, Sungai Buloh dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang berkata kejadian itu dipercayai berlaku sekitar pukul 8 pagi hingga 6 petang ketika ibu bapa dan anggota keluarga lain tiada di rumah berkenaan.

"Kejadian itu diketahui kira-kira pukul 6 petang selepas nenek mangsa pulang ke rumah. Dia menjumpai mayat cucunya yang berusia setahun enam bulan dan pembantu rumah warga Indonesia di bilik pembantu rumah.

"Seorang lagi cucunya yang berusia lima tahun dijumpai di tingkat atas," katanya.

Beliau berkata siasatan polis mendapati pembantu rumah berusia 30 tahun yang bekerja hampir dua tahun itu dipercayai membunuh kedua-dua kanak-kanak itu sebelum membunuh diri dengan mengelar lehernya.

Junaidi berkata tiada sebarang kesan pecah masuk dan empat anjing peliharaan keluarga berkenaan tidak menyalak ketika kejadian berlaku.

"Ketiga-tiga mayat itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kita juga menjumpai tiga bilah pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh," katanya.

Tags / Kata Kunci: Sembelih , Bunuh Diri , Amah Indonesia , Kanak-kanak

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan