RM60 Juta Baiki Kuarters Tentera - Hishammuddin

Diterbitkan: Selasa, 25 Februari 2014 5:29 PM

Hishammuddin Tun Hussein

Hishammuddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, peruntukan RM60 juta telah diperoleh bagi membaik pulih kuarters tentera yang daif. 

Sebagai permulaan, enam buah kem utama iaitu Kem Tok Jalai, Alor Setar; Kem Desa Pahlawan; Kelantan, Kem Seberang Takir, Terengganu; Kem Tapah, Perak; Kem Port Dickson, Negeri Sembilan dan Kem Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur akan dibaik pulih. 

Kerajaan juga telah meluluskan RM2 juta untuk sewaan bas sekolah bagi menggantikan trak membawa anak-anak tentera pergi-balik sekolah di sekitar Lembah Klang mulai April, katanya kepada warga kementerian itu di Kementerian Pertahanan, di sini Selasa. 

Kementerian memohon peruntukan tambahan RM21 juta untuk tujuan meluaskan perkhidmatan itu ke seluruh negara, katanya. 

Beliau berkata, sebagai usaha menggalakkan amalan gaya hidup sihat, kementerian juga memperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi membina kemudahan sukan dan olahraga untuk warga ATM di Kem Perdana, Sungai Besi. 

Di majlis itu, Hishammuddin menggariskan lima fokus kementerian antaranya, membabitkan pemantapan industri pertahanan bagi membolehkan negara mempunyai jaringan pertumbuhan industri pertahanan yang sistematik dan mantap.  

Beliau mahukan industri tempatan menjalin kerjasama dengan institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) sama ada di dalam atau luar negara untuk meningkatkan kualiti produk pertahanan negara. 

Syarikat-syarikat besar dari luar negara pula boleh bekerjasama dengan syarikat tempatan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran produk pertahanan untuk pasaran negara ASEAN serta rantau lain seperti Timur Tengah, katanya. 

"Malaysia boleh memainkan peranan sebagai pelopor untuk membolehkan ASEAN menjadi "kilang" pengeluaran produk pertahanan," katanya.  

Fokus lain, katanya, ialah latihan pegawai tentera, eksesais ketenteraan, perolehen aset terutama aset strategik dan program "offset". 

"Kerjasama dengan negara-negara jiran seperti Brunei dan Singapura bagi pembelian aset ketenteraan dapat mengelakkan pertindihan atau pembaziran di mana kita boleh menggunakan aset dari negara lain untuk menjaga keamanan dan kestabilan rantau ini secara bersama," katanya apabila menyentuh mengenai perolehan aset.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan