M'sia Minta Fleksibiliti Dalam Bidang Berkepentingan Pada Mesyuarat Menteri TPPA

Diterbitkan: Selasa, 25 Februari 2014 7:24 PM

mustapa mohamed

Mustapa Mohamed.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus meminta fleksibiliti dan 'pengasingan' dalam menangani isu-isu berkepentingan pada mesyuarat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Mesyuarat peringkat menteri selama empat hari di Singapura itu berakhir pada Selasa. Ia bermula pada Sabtu lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, isu-isu penting itu termasuk Bumiputera, pemerolehan kerajaan, alamsekitar, buruh, hak cipta intelektual dan syarikat milik negara.

Dalam soal akses pasaran barangan, Mustapa berkata Malaysia bersedia untuk memberi komitmen menyeluruh 'namun bergantung kepada imbangan keseluruhan rundingan'.

"Setakat ini Malaysia telah mencapai kemajuan baik dalam perbincangan dua hala mengenai akses pasaran," kata beliau dalam satu kenyataan.

Mengenai tembakau, Mustapa berkata, pegawai Malaysia telah mengadakan rundingan tidak rasmi dengan pegawai dari beberapa negara untuk mendapatkan pengecualian TPPA bagi tembakau dan produk tembakau.

Mustapa berkata, Malaysia akan terus mengadakan pertemuan dalam negeri denganramai golongan berkepentingan untuk berkongsi hasil mesyuarat di Singapura itudan mengenai masa depan.

"Matlamat mesyuarat peringkat menteri itu adalah untuk menimbangkan kemungkinan pilihan dan mengkaji kompromi mengenai isu-isu berbangkit daripada pertemuan Disember 2013.

"Rundingan intensif empat hari itu tertumpu kepada aspek akses pasaran," katanya.

Mustapa berkata, menteri-menteri perdagangan mencapai kemajuan dalamsebahagian daripada isu berbangkit namun masih ada perbezaan besar dalam bidang yang agak sukar seperti hak cipta intelek, syarikat milik kerajaan dan alam sekitar.

Dalam bidang berkenaan, para menteri memutuskan pilihan supaya perunding terus berbincang bagi mencapai kompromi yang sesuai, kata beliau.

Dalam aspek akses pasaran, mereka bertukar-tukar maklumat mengenai kemajuan pelbagai rundingan dua hala.

"Menteri-menteri turut membincangkan pelbagai pilihan dalam usaha meneruskanrundingan dalam soal akses pasaran dan rundingan dua hala," katanya.

Sementara itu, bercakap pada sidang akhbar di Singapura, Mustapa berkata, Malaysia berpuas hati terhadap hasil mesyuarat itu walaupun belum ada hasil kukuh.

"Belum ada perjanjian, tetapi sekurang-kurangnya kita mencapai kemajuan. Kita perlu tinjau semua perkara berkepentingan, dan jika ia perkara asas berkaitan dasar, kita atau undang-undang kita, sukar untuk kita berkompromi," katanya.

Tags / Kata Kunci: mustapa mohamed , tppa , perdagangan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan