Dua Mahu Teresa Kok Digantung Keahlian Dalam Parti

Diterbitkan: Selasa, 25 Februari 2014 3:57 PM

Tony Tan ketika bercakap dengan pihak media.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang bekas pembantu Teresa Kok bersama-sama dengan seorang ahli DAP yang tidak berpuas hati telah menghubungi Pendaftar Pertubuhan (ROS) meminta supaya ahli Parlimen Seputeh itu digantung keahliannya dalam parti. 

Tony Tan, bekas pembantu Teresa yang keahliannya telah ditamatkan pada tahun 2007, mendakwa telah mengemukakan bukti kepada ROS berhubung dakwaan tindakan Teresa yang dikatakan telah melanggar perlembagaan parti. 

Turut bersama Tony ke pejabat ROS pada Selasa ialah ahli DAP Danny Leong Eng Tiom. 

Kedua-dua mereka, pada minggu lepas mengemukakan dokumen-dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaaan penyelewengan dana pilihan raya oleh Teresa yang dikatakan berjumlah RM186,000. 

"Menurut Fasal 19 Perlembagaan Parti, PLC (jawatankuasa perhubungan parti) perlu bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setahun tetapi PLC Seputeh gagal mengadakan sebarang mesyuarat. 

"Setiap kali apabila suatu mesyuarat dipanggil, ahli panel tidak mencukupi. 

"Fasal 25 Perlembagaan Parti dengan jelas menyatakan bahawa setiap kali wang 'petty cash' diambil dari bank tidak boleh melebihi RM400, tetapi Teresa telah membawa keluar RM8,000 sekali dan RM5,000 tiga kali dari bank," kata Tony dalam senarai pelanggaran yang didakwa dilakukan oleh Teresa. 

Tony telah beberapa kali dilaporkan melemparkan tuduhan yang sama terhadap bekas majikannya itu. 

Teresa memberitahu 'The Star Online' minggu lepas bahawa dakwaan Tony dan Leong adalah "bukan perkara baru" kerana mereka telah menyerang beliau sejak Tony ditamatkan perkhidmatan pada tahun 2006, hanya selepas sembilan bulan berkhidmat. 

Teresa mendakwa sejak penamatan itu, Tony cuba membalas dendam dengan mengganggu beliau dalam pilihan raya umum 2008 dan 2013. 

Teresa menuntut permohonan maaf dan RM10 juta ganti rugi daripada Leong kerana mencemarkan reputasi beliau dengan menuduh di dalam media mengenai penyelewengan dana.

Tags / Kata Kunci: tony tan , teresa kok

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan