Pemuda PAS Lupa Seketika Isu MB, Beri Tumpuan Menang Di Kajang

Diterbitkan: Isnin, 24 Februari 2014 4:28 PM

Suhaizan Kaiat

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu kedudukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dikatakan tergugat apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan bertanding pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak lagi menjadi isu dalam Pemuda PAS Pusat.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata perkara paling penting bagi Pemuda PAS pada masa sekarang ialah membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kajang.

"Buat masa ini kita hanya fokus kepada kemenangan.

"Tiada lagi di kalangan kita yang bercakap mengenai isu menteri besar...lagi pun itu (isu MB) hanya pandangan dan kita telah pun buat ketetapan untuk bersama-sama dengan PR seiring keputusan yang dibuat oleh Lujnah Politik PAS Pusat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS Pusat, di sini, Isnin.

Menurut Suhaizan, Pemuda PAS akan menyerahkan kepada Majlis Pimpinan PAS Pusat membuat keputusan sekiranya Anwar menang dan benar-benar berlaku keadaan di mana kerusi Abdul Khalid akan digantikan dengan beliau.

Suhaizan sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa menyokong Anwar sebagai calon di Kajang tidak bermakna Pemuda PAS bersetuju beliau menjadi menteri besar Selangor.

"Seperti biasa semestinya kita tetap akan beri pandangan.

"Tetapi keputusannya kita serah kepada Majlis Pimpinan PAS Pusat dan Majlis Presiden Pakatan Rakyat," katanya.

Mengenai Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang dinamakan sebagai pesaing PKR di Kajang, beliau enggan mengulas panjang.

"Dah itu saja calon yang dia (BN) ada," jawabnya ringkas.

Jelasnya, walau siapa pun calon yang diletakkan, bentuk kempen akan menentukan sejauh mana penerimaan rakyat terhadap sesebuah parti.

"Ia bergantung kepada kempen (parti), kempen mana yang lebih baik dan diterima rakyat, parti itu akan mendapat kelebihan," katanya.

Katanya, Pemuda PAS Pusat akan turun ke Kajang pada 28 Februari ini untuk bersama-sama Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pelancaran jentera pilihan raya parti menjelang PRK Kajang.

Tags / Kata Kunci: pemuda PAS , suhaizan , pas , kajang

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan