MCA Sedia Kembali Ke Kabinet, Terserah Kepada PM Tentukan Jawatan

Diterbitkan: Isnin, 24 Februari 2014 8:31 AM

Liow Tiong Lai

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan dalam menentukan bilangan jawatan untuk MCA diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, apabila parti itu kembali ke Kabinet.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, parti itu sudah bersedia untuk memasuki Kabinet dengan kelulusan resolusi untuk membenarkan parti menerima jawatan kerajaan di semua peringkat, pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) di Wisma MCA di sini Ahad.

Daripada 1,982 perwakilan pusat yang menghadiri EGM itu, hanya lima orang yang membantah resolusi itu manakala empat lagi berkecuali.

Parti itu mempunyai 2,380 perwakilan pusat .

Disokong menerusi mandat yang kuat, Liow berkata, keputusan itu adalah sokongan yang kuat oleh perwakilan pusat dan pertubuhan Cina bagi kepimpinan baru untuk maju ke hadapan dalam reformasi dan transformasi kerja mereka demi parti.

Diasak soalan-soalan media mengenai  jawatan Kabinet, Liow berkata, permintaan parti (untuk jawatan Kabinet) akan memastikan ia boleh memainkan peranan yang berkesan dalam Kerajaan.

Mengenai senarai calon untuk jawatan kabinet itu dan mereka yang berpihak kepada bekas presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan mendapat dilantik , Liow berkata: "Kami (MCA) bersatu. Tiada apa yang peribadi mahupun berpuak-puak dalam agenda kita."

MCA mempunyai tujuh Ahli Parlimen menerusi pilihan raya umum tahun lepas.

Mereka adalah Liow, yang merupakan Ahli Parlimen Bentong; Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong (Ayer Hitam); Setiausaha Agung, Datuk Seri Ong Ka Chuan (Tanjong Malim); naib presiden, Datuk Chua Tee Yong (Labis) ahli jawatankuasa pusat, Datuk Koh Nai Kwong (Alor Gajah); Datuk Wee Jeck Seng (Tanjong Piai) dan Khoo Soo Seang (Tebrau).
Tags / Kata Kunci: MCA , Kabinet , Liow Tiong Lai , PM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan