Malaysia-Kepulauan Solomon Erat Hubungan Kerjasama Tumpu Pengangkutan, Pelaburan

Diterbitkan: Isnin, 24 Februari 2014 5:57 PM

Abdul Aziz menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Kepulauan Solomon, Victor Samuel Ngele di pejabat Kementerian Pengangkutan, Putrajaya pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Hubungan Malaysia dan Kepulauan Solomon terus dipereratkan menerusi pelbagai kerjasama dan rancangan bersama antara kedua-dua negara terutama dalam bidang pengangkutan dan pelaburan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, Kepulauan Solomon menjadikan Malaysia sebagai negara yang patut dicontohi dan setanding dengan negara-negara maju.

"Pihak Kepulauan Solomon merancang untuk menghantar rakyatnya ke Malaysia untuk mendapatkan kepakaran dalam bidang pengangkutan.

"Negara itu terdiri daripada banyak pulau dan sememangnya hubungan di antaranya melibatkan pengangkutan udara yang akan memberi kemudahan bagi rakyatnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui mStar Online selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Kepulauan Solomon, Victor Samuel Ngele di pejabatnya di sini, Isnin.

Abdul Aziz berkata, terdapat cadangan untuk memudahkan hubungan antara Malaysia dengan negara itu yang akan menjana pulangan ekonomi khususnya dalam pengangkutan, perdagangan dan pelancongan.

"Ia (cadangan) akan melibatkan syarikat penerbangan tempatan. Ini kerana pada masa ini, rakyat Kepulauan Solomon perlu ke Brisbane di Australia selama dua setengah jam terlebih dahulu sebelum datang ke Malaysia.

"Dengan adanya kerjasama yang akan dirancang nanti, ia akan memendekkan perjalanan sekaligus memudahkan lagi hubungan antara kedua-dua negara," katanya.

Beliau menambah, sektor pelaburan di kedua-dua negara juga akan meningkat menerusi hubungan yang lebih baik.

Katanya, setakat ini terdapat kira-kira 70 syarikat tempatan yang membuat pelaburan dan mengusahakan perniagaan di Kepulauan Solomon.

"Ini akan memberi ruang kepada Malaysia dari segi peluang-peluang ekonomi kepada usahawan-usahawan tempatan. Malah Kepulauan Solomon turut memberi kerjasama kepada usahawan untuk mengusahakan perniagaan di sana.

"Antara yang akan diterokai adalah sektor pelancongan dan pengangkutan. Peluang pelaburan seharusnya diperluaskan menerusi kerjasama yang erat antara kedua-dua negara," katanya.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan