17,000 Penerima Tolak BR1M

Diterbitkan: Isnin, 24 Februari 2014 9:14 AM

Ahmad Hudzni Hanadzlah

Husni (tengah) menyampaikan replika cek Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 2014 Parlimen Tambun yang diadakan di Sekolah Menengah Jelapang Jaya di Ipoh, Ahad. Foto SAIFUL BAHRI

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kira-kira 17,000 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum ini secara sukarela menolak menerima bantuan itu pada tahun ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, walaupun jumlah itu kecil namun ia jelas menunjukkan kematangan rakyat Malaysia.

"Ada yang menulis untuk memaklumkan kepada Kerajaan bahawa mereka tidak lagi layak mendapat bantuan kerana gaji mereka telah melebihi dari paras kelayakan, dan ada juga mereka yang layak tetapi masih memilih untuk tidak menerima bantuan itu.

"Ini adalah luar biasa dan dipuji kerana ia tidak mudah bagi sesiapa sahaja untuk menolak bantuan, terutama apabila seseorang itu berkelayakan," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Ahli Parlimen Tambun itu, yang sebelum itu menyampaikan bantuan kepada rakyat di SMK Jelapang Jaya di sini, berkata kerajaan turut menerima aduan mengenai pemohon yang tidak sepatutnya telah menerima bantuan itu.

"Mungkin terdapat beberapa kes yang kita mungkin terlepas pandang.

"Oleh itu, saya menggesa orang ramai untuk membantu kami dalam menentukan individu-individu ini dengan membuat laporan supaya kita boleh mengambil tindakan.

"Kami tidak mahu melihat wang pembayar cukai jatuh ke tangan yang tidak sepatutnya," kata beliau sambil menambah bahawa mereka yang layak tetapi masih belum menerima bantuan itu juga perlu mengemukakan rayuan.

Ahmad Husni juga memberitahu bahawa Johor mendahului bilangan penerima BR1M tahun ini, dengan 14.1% daripada tujuh juta permohonan yang berjaya.

Ini diikuti Selangor dan Perak dengan masing-masing 12.4% dan 10.2%.
Tags / Kata Kunci: BR1M , Ahmad Huzni Hanadzlah

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan