The Red Warriors Dapat Tajaan RM1 Juta Iklankan 'Visit Malaysia'

Diterbitkan: Ahad, 23 Februari 2014 11:19 PM

Pemain pasukan bola sepak Kelantan memperagakan jersi baharu yang akan digunakan sepanjang kempen Piala AFC 2014 yang disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Busana Menara Mara di Kuala Lumpur pada Ahad. -fotoTheStar/SHAARI CHEMAT

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menaja pasukan bola sepak Kelantan 'The Red Warriors' (TRW) sebanyak RM1 juta bagi mengiklankan 'Visit Malaysia' pada jersi pemain bola sepak.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata arena sukan bola sepak negara diyakini sebagai medium berpotensi memajukan sektor pelancongan negara sekali gus menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014), yang mendorong kepada penajaan The Red Warriors.

Beliau berkata TRW dipilih kerana mempamerkan kecemerlangan dan kehebatan tersendiri dalam setiap perlawanan yang menjadikan pasukan itu terus kukuh dan bertahan dalam arena bola sepak negara.

"Kehadiran mereka (pemain) di negara luar untuk setiap perlawanan secara tidak langsung dapat mempromosikan TMM 2014 apabila ada 'Visit Malaysia' di jersi yang mereka pakai ini dan masuk dalam tv (televisyen).

"Iklan seperti ini penting untuk menjayakan pelancongan negara. Misalnya ada pemain yang jatuh, kamera akan 'zoom' dekat kepada pemain itu sekali gus orang ramai akan lihat 'Visit Malaysia' ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kelantan Fiesta 2014 dan melancarkan Jersey & Kiosk TRW di sini, Ahad.

Mohamed Nazri yakin penajaan terhadap TRW akan membawa pulangan memuaskan.

"Apabila kita 'sponsor' TRW ini dengan nilai RM1 juta, bagi saya ia akan beri lebih banyak lagi pulangan yang lebih besar kepada kementerian.

"Contohnya kalau ada 40,000 orang menonton perlawanan bola sepak, kalau seorang penonton ini kita bagi nilai RM1 sudah jadi RM40,000. Ini baru satu perlawanan. Kalau lima, enam perlawanan dah boleh jadi banyak," katanya.

Tags / Kata Kunci: TRW , Kelantan , Bola Sepak , Visit Malaysia , Pelancongan

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan