Saya Sedia Disiasat SPRM" - Ahmad Said

Diterbitkan: Sabtu, 22 Februari 2014 5:05 PM

Ahmad Said.

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan projek kerajaan di Terengganu sebagaimana didakwa pembangkang.

"Saya sedia disiasat SPRM...saya serahkan kepada SPRM untuk selesaikan masalah ini," kata kepada pemberita selepas merasmikan masyuarat agung Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok di sini, Sabtu.

Beliau menyifatkan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi membuat laporan SPRM itu tidak lebih sekadar permainan politik.

Pada Jumaat, Syed Azman bersama Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail yang juga Adun Bandar dan Anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menyerahkan apa yang didakwa sebagai dokumen berkaitan salah laku dan penyelewengan kerajaan negeri itu kepada SPRM di Kuala Lumpur.

Beliau menyerahkan enam dokumen yang berkaitan dengan isu Pasar Payang, pembalakan, perlombongan, Lebuhraya Pantai Timur 2 dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ahmad berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk siasatan itu.

"Selebihnya...saya enggan komen," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan