Dua Lagi Kawasan Hutan Paya Gambut Musnah Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Sabtu, 22 Februari 2014 3:53 PM

Seorang anggota Bomba dan Penyelamat berusaha memadamkan api dalam operasi memadamkan kebakaran kawasan hutan paya gambut di Kampung Tok Kah di Dungun.

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Keadaan cuaca yang panas dan berangin sejak akhir bulan lepas menyebabkan dua lagi kawasan hutan paya gambut di negeri ini musnah dalam kebakaran. 

Kawasan berkenaan di Lembah Bidong, Setiu dan Kampung Tok Arun, Paka dikesan terbakar pada Rabu lepas oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kata Pegawai Pusat Gerakan Operasi Negeri Ismail Mat Hassan. 

Kebakaran di Kampung Tok Arun, yang memusnahkan hampir 14 hektar kawasan hutan paya gambut, dapat dipadamkan sepenuhnya pada Jumaat, katanya ketika dihubungi Sabtu. 

Hari ini, pihak bomba turut bertungkus lumus memadamkan kebakaran terbesar pula di Kampung Tok Kah di sini dan kawasan Lembah Bidong berhampiran Ladang Tabung Haji di Setiu. 

Menurutnya sehingga tengah hari ini, kira-kira 26 hektar lagi kawasan masih terbakar daripada keseluruhan 411 hektar di Kampung Tok Kah. 

JBPM juga mendalamkan parit dan anak sungai bagi menaikkan paras air untuk dipam bagi memadam kebakaran di sekitar Tok Kah, yang terbakar sejak 26 Januari lepas. 

Inisiatif yang dilakukan ini bagi memudahkan usaha membawa masuk jentera penyedut air berkapasiti lebih besar dan mampu beroperasi lebih 24 jam tanpa henti. 

Ismail berkata kira-kira enam hektar daripada 19 hektar kawasan hutan itu di Lembah Bidong masih terbakar. 

" Sebanyak 43 anggota dan pegawai ditugaskan memadam kebakaran itu," katanya.


Tags / Kata Kunci: kebakaran , tanah , tanah gambut , cuaca , kering

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan