BR1M Diteruskan Selagi Pertumbuhan Ekonomi Kukuh - PM

Diterbitkan: Sabtu, 22 Februari 2014 3:30 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan wang kepada penerima, Majiah Hanafiah selepas melancarkan BR1M dan i-BR1M 2014 Peringkat Kebangsaan di Dewan Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kampung Pandan di Kuala Lumpur, Sabtu. Bayaran kepada penerima BR1M sudah mula dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing sejak semalam manakala penerima yang tidak mempunyai akaun bank akan menerima baucar secara berperingkat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat selagi kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh dapat dikekalkan. 

Perdana Menteri berkata pertumbuhan ekonomi negara yang baik menjurus kepada kemampuan kerajaan melaksanakan program pembangunan dan menyalurkan bantuan kepada rakyat. 

Beliau berkata adalah menjadi keutamaan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara terutama berkaitan pertumbuhan ekonomi. 

"Pada masa sekarang, BN dapat menguruskan negara dengan baik ketika negara lain berdepan masalah, melalui dasar-dasar yang mengukuh dan memacu pertumbuhan ekonomi yang sihat walaupun keadaan ekonomi dunia masih tidak menentu. 

"Tetapi di Malaysia, kita telah dapat menentukan ekonomi kita serta memacu pertumbuhan ekonomi begitu baik dan bila hasil negara bertambah, kita agihkan kekayaan itu kepada rakyat," katanya ketika berucap melancarkan BR1M 2014 Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki di sini. 

Bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014, Najib berkata kerajaan memperuntuk RM4.6 bilion untuk memberi manfaat kepada 7.9 juta penerima. 

Beliau berharap penambahan nilai BR1M kali ini dapat meringankan beban hidup rakyat khususnya golongan yang tinggal di bandar selain memastikan lebih ramai rakyat menikmati bantuan ini. 

Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi RM650 dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50. 

Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300. 

Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan nilai bantuan RM450. 

i-BR1M menyediakan nilai perlindungan minimum RM1,000 bagi kematian biasa dan maksimum RM30,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal. 

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, ia perlu melakukan konsolidasi fiskal untuk mengekalkan momentum ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat. 

Menurutnya ini perlu dilakukan secara berperingkat bagi meringankan beban rakyat di samping menyakinkan pasaran dunia bahawa kerajaan sentiasa berusaha mengukuhkan kedudukan fiskal negara. 

Perdana Menteri juga berkata penambahbaikan dalam pemberian BR1M dilakukan sejajar dengan pelaksanaan subsidi bersasar dalam usaha meringankan beban hidup rakyat. 

"Oleh itu, kerajaan akan mengubah dasar pemberian subsidi iaitu daripada subsidi pukal kepada subsidi bersasar bagi memastikan pelaksanaan subsidi yang adil," katanya. 

Dalam pada itu, Najib berkata kerajaan menunaikan janjinya yang terkandung dalam manifesto BN pada pilihan raya umum lepas, yang antara lain menyatakan mengenai pertambahan secara berperingkat jumlah pemberian BR1M. 

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan