Lemas Sungai Buloh Kasap: Tiga Mayat Ditemui

Diterbitkan: Jumaat, 21 Februari 2014 11:51 PM

Mayat salah seorang daripada lapan remaja lelaki berusia antara 13 hingga 16 tahun yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Buluh Kasap berjaya ditemui pada Jumaat. Sehingga pukul 6 petang tadi, tiga mayat mangsa berjaya ditemui. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Pasukan mencari dan menyelamat petang ini menemui mayat tiga remaja lelaki yang lemas di Sungai Buloh Kasap pagi Jumaat.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Segamat berkata mayat Mohd Hafizul Danial Norhashim, 16, ditemui anggota penyelamat pada 3.30 petang.

"Mayatnya ditemui di dasar sungai kira-kira 30 meter dari tempat kejadian," kata jurucakap itu kepada Bernama di tebing sungai itu di sini, Jumaat.

Mayat Mohd Zikri Zaidi, 14, dan Nazirul Aminuddin Zamri, 15, masing-masing ditemui pada 3.41 petang dan 4.30 petang, tidak jauh dari lokasi penemuan mayat Mohd Hafizul.

Ketiga-tiga remaja itu tinggal di Taman Mewah di sini dan merupakan pelajar di Sekolah Menengah Buloh Kasap.

Mereka antara lapan remaja lelaki berusia antara 13 dan 16 tahun yang lemas ketika mandi di Sungai Buluh Kasap itu, yang terletak berhampiran sebuah kuari menyedut pasir, pada kira-kira 9.30 pagi tadi.

Sungai itu, yang terletak kira-kira 10 km dari bandar Segamat, merupakan kawasan rekreasi yang popular bagi penduduk sekitarnya.

Sebelum itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra Mohd Aizat Mamat berkata kesemua remaja itu adalah sebahagian daripada sekumpulan 13 remaja yang berekreasi di sungai itu sempena cuti hujung minggu negeri ini.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila seorang daripada remaja itu menghadapi kesukaran ketika berada di dalam sungai menyebabkan tujuh rakannya cuba membantu.

"Namun, rakan-rakan lain itu turut berhadapan dengan kesukaran ketika berenang di dalam sungai itu menyebabkan kesemua mereka dipercayai lemas," katanya.

Lima remaja lain selamat, katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Segamat Abdul Rahim Nin berkata, lima yang masih hilang dan dikhuatiri lemas dikenali sebagai Mohd Shafiq Mohd Syukur, 16, Mohd Hafizuddin Kamal, 16, Mohd Zaki Zaidi, 16, Mohd Izuan Hakimi, 16, dan Mohd Nazreen Zainal, 14.

Mohd Zaki merupakan abang kepada Mohd Zikri, yang mayatnya dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat pada 3.41 petang tadi.

Abdul Rahim yang juga Pengerusi Keselamatan Daerah dan mengetuai operasi mencari dan menyelamat itu berkata operasi mencari dan menyelamat tetap diteruskan walaupun pada waktu malam sehingga kelima-lima pelajar yang masih hilang itu berjaya ditemui.

Selain anggota bomba dan penyelamat daripada Segamat dan Muar, operasi turut dibantu Unit Selam Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur serta pasukan skuba Polis Muar dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), katanya.

Katanya operasi mencari dan menyelamat ditumpukan di kawasan sedalam lebih lima meter membabitkan keluasan 50 meter persegi.

"Oleh kerana keadaan dasar sungai yang berselut dan air keruh, operasi mengesan mangsa-mangsa sememangnya berhadapan dengan situasi yang sukar," katanya dalam sidang media di lokasi kejadian.

Mengulas tentang kejadian malang itu, beliau berkata kelapan-lapan remaja terbabit adalah antara sekumpulan remaja dari Taman Mewah, Buloh Kasap yang keluar berjoging di tepi sungai sebelum mandi manda di sungai itu.

Tags / Kata Kunci: Lemas , Remaja , Sungai Buloh Kasap , Segamat

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan