Lembaga Disiplin Umno Pecat 5 Ahli Sabotaj PRU-13

Diterbitkan: Jumaat, 21 Februari 2014 11:43 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Umno memecat lima anggotanya berkuat-kuasa serta merta di atas pelbagai kesalahan semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, antara kesalahan yang dikenal pasti ialah bertindak mensabotaj parti, menjadi penceramah pembangkang serta membantu kempen pembangkang menentang calon Barisan Nasional (BN).

Lima yang berkenaan ialah Bahrim Abdullah dari Bahagian Kuala Pilah, Abdul Mohsin Sharif dan Mohd Amri Che Ad (Tasek Gelugor), Hasan Bahri Mat Isa (Jempol Palong 15) dan Mohd Zulkifli Zakaria (Bachok).

Najib berkata, kesemua yang dipecat itu bagaimanapun masih boleh membuat rayuan kepada Lembaga Disiplin Umno.

"Mereka boleh buat rayuan, tapi mesti habis tempoh edah dahulu dan terpulang kepada Lembaga Disiplin dan Jawatankuasa Pengurusan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di sini, Jumaat.

Tags / Kata Kunci: Umno , Najib , PRU13 , Sabotaj , Lembaga Disiplin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan