Kerajaan Sedia Lakukan Pembenihan Awan - PM

Diterbitkan: Jumaat, 21 Februari 2014 11:47 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini, Jumaat. -fotoTheStar/AZMAN GHANI

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia untuk melakukan proses pembenihan awan dalam usaha menangani krisis air yang sedang melanda negara ekoran cuaca kering berpanjangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, buat masa ini Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sedang meneliti dan memantau perkara tersebut sebelum langkah berkenaan diambil.

"Kita boleh buat pembenihan awan. Tapi ia mesti ada keadaan di mana ada awan hujan, baru boleh kita buat pembenihan awan. Kita bersedia untuk melakukan perkara itu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini, Jumaat.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai krisis air yang sedang melanda beberapa negeri ketika ini.

Ditanya sama ada kerajaan akan mengishtiharkan darurat ekoran situasi itu, Najib berkata buat masa ini krisis air yang melanda negara belum mencecah tahap kritikal.

"Masih ada tempoh, kita perlu tengok tahap mana sebelum sampai ke paras kritikal...ada masa lagi.

"Bagaimanapun Kabinet akan berbincang mengenai isu ini pada Rabu depan mengenai langkah susulan yang boleh diambil.

"Kita akan maklumkan selanjutkan apa kedudukan yang sebenarnya. Bergantung kepada cuaca dalam masa sehari dua ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Krisis Air , Najib , Pembenihan Awan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan