Chew Mei Fun Sah Calon BN Tanding PRK Kajang

Diterbitkan: Jumaat, 21 Februari 2014 1:46 PM

chew

Chew Mei Fun calon BN di Kajang.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sah dilantik sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Kajang.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Menara Dato Onn di sini, Jumaat.

Chew, 50, adalah bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utama, Senator, Ketua Wanita MCA dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh bagi membuka jalan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam PRK itu.

Hari mengundi PRK Kajang pada 23 Mac ini manakala hari penamaan calon 11 Mac.
Tags / Kata Kunci: chew mei fun , kajang , calon BN

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan