Emosi Saya Terganggu Seumur Hidup - Anak Pasangan Malaysia Di Sweden

Diterbitkan: Khamis, 20 Februari 2014 8:32 PM

Ammar (tengah) bersama adik-adiknya Adam (kiri) dan Arif (kanan).

(Ubah saiz teks)

STOCKHOLM: Anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan atas dakwaan mendera berkata hukuman yang diberikan oleh ibunya tidak meninggalkan kesan secara fizikal sebaliknya dari sudut emosi.

Ammar, 12, menerusi temubual berkata dia mahu keluarganya kembali bersama seperti biasa.

"Saya ingin ibu bapa saya kembali ke rumah dan kami boleh menjalani kehidupan bersama-sama," kata Ammar dalam video yang dirakam awal Januari lalu ketika perbicaraan di Mahkamah Daerah Solna di sini pada Khamis.

Ammar yang kelihatan kecewa meminta polis yang menemuduganya agar membebaskan ibu bapanya secepat mungkin.

"Ia satu masa yang panjang. Saya berasa pelik apabila tidak melihat ibu bapa saya selama hampir empat minggu," kata anak kedua daripada empat beradik itu.

Ibunya, Shalwati Nurshal dilihat mengesat matanya dengan tisu apabila mendengar kata-kata anaknya itu.

Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin ditahan 18 Disember tahun lalu selepas Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia telah dipukul.

Aduan itu menyebabkan pihak sekolah melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Dalam temubual bersama anggota polis itu, Ammar menerangkan ibunya pernah menarik telinganya semasa cuti musim panas ke Jerman.

Pada mulanya Ammar berkata kejadian itu "tidak terlalu teruk, ibu hanya tarik telinga saya".

Walau bagaimanapun beliau mendakwa: "kejadian itu tidak memberi kesan secara fizikal, tetapi kesan emosi seumur hidup".

Pihak pendakwa yang diketuai Anna Arnell juga dijangka menunjukkan video temubual dengan adik-beradik Ammar iaitu Aishah dan Adam.

Perbicaraan disambung pada 24 Februari.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan