Rumah Di Lembah Klang Masih Mampu Dimiliki

Diterbitkan: Selasa, 18 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anda perlu mempunyai purata pendapatan isi rumah sebanyak RM14,580 sebulan untuk memiliki rumah di Lembah Klang, menurut satu kajian yang dijalankan baru-baru ini.

Kajian, yang diterajui oleh Sime Darby Property Bhd dengan kerjasama Fakulti Alam Bina Universiti Malaya mengambil kira trend perbelanjaan isi rumah semasa, harga rumah dan kadar gadai janji.

Kajian mendapati kumpulan tertentu pembeli yang berminat untuk memiliki rumah di kawasan strategik mempunyai akses untuk kediaman-kediaman yang berharga 56 kali ganda daripada pendapatan isi rumah mereka.

Kajian ini juga mendapati bahawa kumpulan ini mampu untuk membayar sehingga 26 peratus daripada pendapatan bulanan isi rumah untuk bayaran gadai janji.

Kawasan-kawasan strategik di Lembah Klang yang bukan sahaja dianggap mampu dimiliki tetapi mempunyai potensi untuk peningkatan nilai juga telah dikenalpasti.

Kawasan-kawasan tersebut termasuklah Nilai, Denai Alam, Bukit Jelutong dan Bukit Subang.

Satu laporan daripada kajian itu berkata bahawa rumah-rumah di kawasan-kawasan terpilih di Lembah Klang masih mampu dimiliki pemilik rumah yang mungkin mahu membeli rumah kedua untuk pelaburan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang melancarkan Kajian Indeks Pendapatan Rumah di sini, Isnin berkata keputusan kaji selidik ini berguna untuk bakal pembeli.

"Indeks dan penemuan utama telah diteliti oleh kementerian dan kita dapati bahawa maklumat itu amat berguna kerana ia boleh membantu pembuat dasar dan pemaju berkerjasama untuk membina lebih banyak rumah yang bukan sahaja boleh diakses tetapi juga mempunyai nilai," katanya.

Abdul Rahman berharap pemaju hartanah lain dan ahli akademik boleh menjalankan kajian yang sama di negara ini.

Berdasarkan dapatan, Sime Darby berkata 68 peratus skim perumahan 'ofplanned' di Lembah Klang berada dalam lingkungan yang boleh diakses.

"Kami berhasrat untuk menggunakan hasil keputusan untuk membangunkan produk inovatif, berkualiti tinggi yang boleh diakses dan memenuhi keperluan pasaran," kata Pengarah Urusan Sime Darby Property Datuk Seri Abd Wahab Maskan. Indeks ini telah dibangunkan untuk mendapatkan lebih kefahaman mengenai profil pemilik rumah, pendapatan isi rumah khusus dan corak perbelanjaan yang mempunyai kaitan dengan usaha memiliki rumah.

Kajian ini meliputi 1,529 responden, yang mana 1,183 daripadanya merupakan pemilik rumah di 12 lokasi iaitu di Bukit Jelutong, Denai Alam, Bukit Subang, Bandar Bukit Raja, Subang Jaya, USJ, Putra Heights, Ara Damansara, Mont Kiara, Melawati, Kajang dan Nilai.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan