PRK Kajang: Anwar Anggap Pertembungan Hanya Dengan BN

Diterbitkan: Selasa, 18 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang akan menjadi gelanggang pertarungan antara calon Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa menghiraukan pengakuan calon bebas yang akan turut bertanding.

Menurut ketua pembangkang itu, beliau tidak memandang rendah calon bebas, tetapi lebih berfikir tentang kemenangan keatas calon BN.

Anwar menegaskan jentera Pakatan akan berkempen secara habis-habisan apabila BN memperkenalkan calon bagi bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

"Saya rasa pertarungan ini akan hanya berlaku dengan calon BN, dan perkara sama akan diperkatakan oleh calon BN," katanya pada Selasa.

Anwar berkata demikian selepas ditanya pemberita mengenai pembabitan bekas menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim dalam PRK itu.

Pada Ahad, Zaid Ibrahim mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas bagi merebut kerusi DUN Kajang yang turut ditandingi Anwar dengan alasan ingin menyelamatkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Selain Zaid, penyanyi dangdut era 80-an iaitu Herman Tino, Presiden Miup, Datuk S. Nallakaruppan dan bekas pembantu undang-undang Anwar, Yuktes Vijay turut akan bertanding pada PRK berkenaan.

Ketika diminta mengulas kenyataan Zaid Ibrahim bahawa beliau adalah pemimpin berwibawa, Anwar berkata, pengundi sepatutnya memberikan pertimbangan terhadap kenyataan tersebut.

"Saya tidak terlalu yakin atau kebal, sebab itu saya berada di sana (Kajang)setiap hari. Saya percaya keputusan itu akan dibuat oleh pengundi," katanya.

Anwar memberitahu, kaji selidik pihaknya daripada 361 pengundi Kajang mendapati bahawa 42 peratus daripada responden bimbang terhadap isu-isu keselamatan dan jenayah.

Beliau berkata, ini diikuti dengan kesesakan lalu lintas (38 peratus) , pengurusan sisa dan kebersihan (30 peratus), isu-isu sosial (20 peratus) , bantuan untuk golongan berpendapatan rendah (16 peratus), pengurusan peniaga kecil (12 peratus) dan perkhidmatan Majlis Perbandaran Kajang (11 peratus).

Sementara itu,Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kaji selidik itu juga mendedahkan sebanyak 26 peratus pengundi menyokong keputusan penyandang DUN Kajang, Lee Chin Cheh meletak dan memaksa PRK diadakan.

"Keputusan adalah jelas. Hanya 17 peratus tidak bersetuju dan apabila kita melihat profil mereka, majoriti telah dikenal pasti sebagai pengundi BN," katanya mudah.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan