Penstrukturan Semula Air Selangor Di Fasa Akhir - MB Selangor

Diterbitkan: Selasa, 18 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Khalid Ibrahim.
Abdul Khalid Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Rundingan penstrukturan semula air di Selangor antara kerajaan negeri dan persekutuan telah tiba ke peringkat akhir, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Maklumat lanjut mengenai rundingan itu dijangka diketahui dalam masa dua minggu, katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucap utama pada majlis makan tengah hari Persidangan Tenaga dan Air Malaysia 2014 anjuran Asian Strategy and Leadership Institute (Asli) di sini Selasa.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri dan persekutuan melihat keputusan rundingan itu sebagai positif.

"Akan ada langkah ke hadapan dan keputusan yang positif. Kerajaan negeri dan persekutuan berminat untuk menyelesaikan penstrukturan semula air itu," katanya.

Mengenai pemegang konsesi, beliau berkata mereka sepatutnya responsif dengan perkembangan rundingan itu.

Sebelum ini, badan-badan bukan kerajaan telah meminta penstrukturan semula industri air di Selangor diteruskan untuk kepentingan para pengguna dan ekonomi negeri.

Beberapa siri rundingan sejak 2008 tidak mencapai sebarang penyelesaian. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan