Pakatan Rakyat Gesa ROS Lulus Segera Pendaftaran

Diterbitkan: Selasa, 18 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat (PR) menggesa Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberi kelulusan segera terhadap permohonan pendaftaran gabungan pembangkang sebagai sebuah parti.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata kelewatan mendapat kelulusan akan menimbulkan pelbagai masalah kepada PR terutama apabila menghadapi pilihan raya.

"Sekurang-kurangnya tiga tahun kita buat permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat dengan ROS, tetapi sehingga hari ini pendaftaran masih belum diterima atau diluluskan ROS.

"Kita menyeru pihak ROS dan khususnya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memberikan kelulusan kepada Pakatan Rakyat secepat mungkin," katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS di sini, Selasa.

Mesyuarat tersebut membincangkan mengenai Konvensyen PR kali kelima yang akan diadakan pada 8 Mac ini di Shah Alam.

Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata PR sering berdepan masalah dan cabaran terutama untuk berkempen menjelang pilihan raya kecil.

Namun, beliau berkata gesaan ini bukan dibuat khusus untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Kajang, 23 November ini.

"Setiap kali pilihan raya kecil Pakatan Rakyat menghadapi satu cabaran atau masalah kerana pihak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) sentiasa mengacau kita dari segi kempen oleh kerana kita belum didaftarkan secara rasmi oleh ROS...bukan salah kita.

"Apabila ketiga-tiga parti nak kempen bersama-sama ia akan memberi masalah dari segi bendera, logo dan billboard kerana pemantau SPR akan datang dan memerintah kita mengeluarkan bendera sebab mereka kata parti yang bertanding hanya satu, bukan tiga parti," katanya.

Katanya, kali terakhir PR berhubung dengan ROS berhubung perkara ini ialah pada bulan lepas.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata PR sering menunggu kelulusan ROS, tidak khusus untuk PRK Kajang semata-mata.

Pun begitu katanya, ketiga-tiga parti (PAS, PKR, DAP) telah sepakat untuk berkempen habis-habisan untuk memenangkan calon mereka.

"Kita telah memohon sejak beberapa tahun lalu.

"Kita dengar-dengar ada parti baru akan diluluskan, kenapa tidak kita punya permohonan diluluskan secara rasmi oleh kementerian dan kerajaan," katanya.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula berkata beliau difahamkan terdapat 20 parti baru yang akan mendapat kelulusan ROS tetapi tidak menyatakan parti-parti tersebut,

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan