Nurul Izzah Berusaha Cari Penyelesaian Kes Cerainya

Diterbitkan: Selasa, 18 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nurul Izzah
Nurul Izzah

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar masih berusaha mencari penyelesaian secara baik kes cerai yang difailkan terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Syariah di sini, bulan lepas.

Perkara itu diberitahu peguam Normawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah ketika ditemui pihak media di luar mahkamah selepas kes disebut di dalam kamar Hakim Syarie Ab Malek Awang.

"Pihak-pihak masih dalam perbincangan bagi mencari penyelesaian untuk selesaikannya secara baik," kata peguam itu.

Ketika ditanya sama ada akan bercerai atau sebaliknya, peguam itu masih menjawab perkara sama.

Mahkamah kemudian menetapkan kes itu untuk sebutan semula pada 11 Mac depan.

Nurul Izzah, 34, anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35, hadir ke mahkamah ditemani peguamnya Muhamad Nakhaei Ishak. Bagaimanapun, Nurul Izzah tidak hadir ke mahkamah.

Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang lelaki berumur empat tahun. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan