Johor Mahu Harga Air Mentah Dibincang Dalam Mesyuarat Malaysia-Singapura

Diterbitkan: Selasa, 18 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hasni
Hasni

JOHOR BARU: Kerajaan negeri Johor meminta kerajaan Pusat supaya membincangkan mengenai harga air mentah yang dibekalkan kepada Singapura dalam mesyuarat bersama kedua-dua negara pada masa depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata Johor mahu perbincangan mengenai isu itu dimulakan dengan segera.

"Saya berharap jika ada perbincangan di antara Malaysia dan Singapura, isu mengenai kajian semula harga air mentah itu dapat dimasukkan sebagai agenda di dalam perbincangan kedua-dua negara itu.

"Saya berharap kita dapat memulakan perbincangan dengan pusat bagi memperincikan langkah seterusnya. Rundingan harus bermula dengan segera," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 1961 dan 1962, Public Utilities Board (PUB) Singapura membeli air mentah daripada Johor pada kadar tiga sen bagi setiap 1,000 gelen.

Singapura sebaliknya menjual air terawat kepada Johor pada kadar harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Hasni berkata Johor menjual sejumlah 250 juta liter air mentah kepada Singapura setiap hari dan membeli balik kira-kira dua peratus daripadanya atau lima juta liter di dalam bentuk air terawat.

Bekalan air terawat dari Singapura digunakan untuk bekalan kepada penduduk di sebahagian Johor Baharu dan Pontian serta Kota Tinggi.

Menurutnya bekalan air mentah adalah hak negeri dan bukan kerajaan pusat mahupun Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan kerajaan negeri mahu kadar harga itu dikaji semula.

"Kita sudah lama berada dalam keadaan kerugian apabila kita menjual air mentah kepada Singapura pada kadar 3 sen (bagi 1,000 gelen)," katanya sambil menjelaskan harga air mentah Johor yang dijual kepada Syarikat Air Johor (SAJ) dan Melaka adalah jauh lebih tinggi.

Hasni percaya hubungan baik antara Kuala Lumpur dan Singapura ketika ini akan membawa kepada penyelesaian positif berhubung isu harga air mentah yang dibekalkan kepada negara jiran itu.

"Saya tidak percaya kerajaan Singapura akan menolaknya begitu sahaja. Kita boleh meletakkan harapan kepada perbincangan yang membawa manafaat kepada kedua-dua pihak," katanya.

Beliau yakin rundingan dijalankan mengikut persefahaman sedia ada antara Malaysia dan Singapura, dan bukan bersandarkan kepada 'sebuah negara mahu menekan sebuah negara lain.'

"Rundingan perlu seimbang, tidak boleh ada pihak yang rasa tertekan," katanya sambil menyatakan beliau turut difahamkan bahawa perjanjian air di antara kedua-dua negara itu boleh dikaji semula.

Mengenai harga baharu yang diminta oleh Johor bagi air mentah yang dibekalkan kepada Singapura, Hasni berkata kerajaan pusat pernah memberi gambaran harga yang munasabah iaitu 60 sen bagi 1,000 gelen.

Bagaimanapun, katanya jika Singapura menaikkan harga air terawat yang dibekalkan kepada Johor daripada 50 sen bagi 1,000 gelen, maka Johor berkemungkinan akan menaikkan harga air mentah pada kadar yang lebih tinggi.

"Jika Singapura hendak menaikkan harga air terawatnya daripada 50 sen hingga RM5, mungkin kita tidak naikkan sekadar 60 sen...mungkin kita naikkan pada kadar yang lebih tinggi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan