Cadangan Sabah, Sarawak Keluar Malaysia Satu Hasutan: Abdul Rahman - Berita Semasa | mStar

Cadangan Sabah, Sarawak Keluar Malaysia Satu Hasutan: Abdul Rahman

Diterbitkan: Selasa, 18 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Rahman Dahlan.
Abdul Rahman Dahlan.

KUALA LUMPUR: Sebarang cadangan mengenai Sabah dan Sarawak sepatutnya keluar dari Malaysia dianggap sebagai hasutan, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Ahli Parlimen Kota Belud itu turut menafikan dakwaan oleh ahli akademik Monash Universiti Malaysia, Prof James Chin bahawa terdapat peningkatan kecenderungan luar biasa bagi penduduk Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan negara ini.

"Kenyataan itu berbaur hasutan kerana dibawah 20-perkara dalam perjanjian yang ditandatangani kedua-dua parti (Persekutuan Tanah Melayu, dan Sabah serta Sarawak pada 1963), pemisahan dianggap pengkhianatan dibawah undang-undang Malaysia.

"Oleh itu, kami tidak boleh keluar dari Malaysia.

"Sebagai setiausaha Barisan Nasional di Sabah, tidak pernah terlintas di fikiran sesiapa yang memberitahu masalah mereka dan mencadangkan pemisahan negara sebagai jalan penyelesaian," katanya.

Rahman berkata demikian selepas melancarkan Kajian Indeks Pendapatan Rumah yang dijalankan oleh Sime Darby Property Berhad dengan kerjasama Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM).

Beliau turut menasihati Chin untuk lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu yang disifatkan sebagai isu sensitif.

Chin semasa berucap pada forum bertajuk Ke Arah Sistem Pilihan Raya yang lebih adil anjuran Majlis Peguam mendakwa terdapat peningkatan kecenderungan luar biasa bagi penduduk Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan Malaysia kerana merasakan negara berusia 50 tahun ini tidak memberi sebarang faedah kepada mereka.

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut menyokong lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) ditambah di Malaysia Timur sejajar dengan perjanjian 1963.

Mengulas mengenai cadangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Tindakan Malaysia supaya mewujudkan kawasan pilihan raya lebih seimbang, Abdul Rahman berkata, idea itu akan memberikan Sabah dan Sarawak 'kedudukan lebih baik' dalam pentadbiran negara ini.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan