AirAsia Umum Tambang Percuma Ke Kalibo, Filipina Bermula Esok

Diterbitkan: Selasa, 18 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia mengumumkan laluan terbaharunya dengan penerbangan terus ke Kalibo, Filipina bermula pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar berkata, berikutan pengumuman itu, syarikat berkenaan turut bersedia memberi tambang percuma (tidak termasuk cukai) kepada orang ramai yang boleh ditempah menerusi dalam talian bermula Rabu (esok).

“Berikutan pengumuman itu, pihak kami akan menawarkan tempat duduk percuma dengan cukai dan yuran serendah dari RM77 sehala.

“Ia boleh didapati menerusi dalam talian bermula esok (Rabu),” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online di sini pada Selasa.

Aireen berkata, laluan itu dibuka empat kali seminggu iaitu pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad dari Kuala Lumpur.

Dengan pengenalan itu katanya, AirAsia mempunyai tiga penerbangan keseluruhan termasuk Manila dan Cebu ke negara berkenaan.

Tambahnya, disebabkan Kalibo merupakan pintu masuk utama untuk ke Pulau Boracay yang menjadi tumpuan pelancong, adalah wajar AirAsia memperkenalkan destinasi itu dalam usaha membawa masyarakat merasai percutian penerbangan murah.

"AirAsia mempunyai liputan yang paling luas di seluruh Asean dan Filipina adalah satu pasaran baru bagi syarikat penerbangan kos rendah dan kami bangga menjadi sebahagian daripadanya," kata Aireen.

Kalibo merupakan ibu kota wilayah Aklan yang menjadi laluan untuk ke Pulau Boracay, destinasi percutian pantai yang menjadi kegilaan pelancong.

Ia merupakan tempat percutian yang sesuai untuk warga kota menikmati percutian santai atau untuk menikmati aktiviti-aktiviti seperti menyelam dan snorkel.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan